Sunday, October 4, 2009

Dua nesan putihbeku, yang satu di Utara, satu lagi di Selatan...

.


Dunia semakin mewah dengan tangis. Memaki kita dengan bahasanya. Aku faham.

Aku masih menaruh harapan pada tirai alam, pada singkapan tabir hijau terakhir.

Terlambat. Aku disambut dengan permaidani merah panas.
Dan petak-petak retak pada tanah.


Aku bertanya dan aku dapat jawapan yang gusar.
Dunia menegur aku dengan esaktangisnya, dengan suram langitnya.
Dengan sedugetar tanahnya, dengan geloratinggi lautnya


Entahlah.
Seolah-olah aku dapat rasakan Dunia ini tak bernafas lama.
Tak bertahan sebelum anak cucu aku menyambut hari lahirnya ke 50!




Aku muram,
semuram perca-perca tanah merah
di antara dua nesan putihbeku itu.
Satu tercacak di Kutub Utara.
Dan satu lagi di Kutub Selatan.

dan aku berada diantaranya.






(ini puisikah?)

.

7 comments:

addyaholix said...

aku selalu mimpi tentang mati sejak akhir-akhir ni. aku jadi takut dengan diri sendiri...

pstt. jangan bagitahu sesiapa. aku pernah menitik airmata bila mimpi yang macam ni datang.

tasikmerah said...
This comment has been removed by the author.
ashley said...

sejak akhir akhir ni kamu jadi lebih puitis..
jiwamu merintih?
aaaaaahhhh..
.
.
.
aku merindui cerita seram sejukmu..
kerana ianya hiburan buatku mengilai di malam hari!!

xiiinam said...

...lalu
bagaimanakah caranya
untuk kita mengusir
kemuraman itu....

Nizam.Ariff said...

Addy,
Shh... aku pasti dia org semua tak tahu yang kamu menangis kerana mimpi ngeri...

TM,
Sehari dua ni, aku bertambah faham pulak... walau tanpa ko sebut terang-terang.. hehehe

Ashley,
Aku rasa bende ni berlarutan sehari dua lagi... biasalah, bila org sedang berubah. Seperti keseimbangan kimia, apabila terubah persamaan, titik keseimbangan akan berubah mencari titik keseimbangan yang baru... aku sedang mencari-cari titik itu...


Cklah,
Muram terusir apabila hadir ceria ke dalam jiwa.
(setakat ceria pada muka belum cukup)

kucingorengemok said...

kali ni nak motivasi lebih skit la - ayo.yo.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Kurang panjang la.... sikti la lagi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com