Wednesday, October 21, 2009

Tubuh berkecai dan darah memercik ke serata tempat...

.

.... dan aku terus masuk ke dalam rumah aku. Aku tutup pintu. Tapi, aku dapat rasakan mereka itu menghampiri pintu rumah aku. Aku undurkan diri ke satu pojok dan mencangkung di situ, menunggu apakah nasib aku kali ini. Aku tutup semua lampu. Aku biarkan rumah aku bergelap.
Kalau tadi, aku beranikan diri untuk lalu di lorong itu, kini aku seperti tikus kerdil yang menunggu untuk dibaham. Peluh merenik pada dahi. Nafas aku turun naik, bukan dek gelora nafsu tapi dek kerisauan yang menyelubungi perasaan ketika ini.
Aku amati dalam-dalam, tiada bunyi tapak kaki. Aku lega. Aku bangun lalu pergi ke bilik. Aku tutup pintu bilik dan aku labuhkan badan aku di atas katil. Tak lama, kemudian aku terdengar seperti pintu utama rumah aku dibuka secara paksa. Aku bangun dari katil dan duduk pada birainya. Menunggu dan menunggu.
Kemudian, aku terdengar pintu bilik aku cuba ditolak. Aku mengucap panjang. Mungkin ini adalah malam terakhir aku sebagai manusia, sebelum aku menjadi mayat. Sebelum tubuh badan aku dicarik-carik dan diratah. Sebelum darah aku tumpah dan terpercik merata-rata.
Tidak lama selepas tu, aku terdengar pintu aku dicakar-cakar. Berkali-kali. Ngilu merayap ke segenap badan bila bunyi kuku-kuku tajam mencarik-carik daun pintu menusuk ke telinga aku. Aku pasrah...
'hish! Kenapa tak bagi Jagad masuk? Bising dengar cakar dia je... '
Lalu Mama bangun dan pergi ke pintu. Mama buka daun pintu bilik.
Jagad menerpa masuk dan lompat kepada aku.
.

8 comments:

Water Lily said...

Ala..pasal jagad rupanya. Punya la akak baca dengan pebuh jiwa raga.

ps:nanti send email. Nak jemput ke laman yang telah ditutup itu

Nizam.Ariff said...

Waterlily,

nizam.ariff@yahoo.com

invite, jangan tak invite.. aku tunggu.

ashley said...

oh!!
sekali lagi tidurnya diganggu...
dia tidur kan mana lepas tu?

kucingorengemok said...

sampai hati, jagad pun ada perasaan...

Anonymous said...

laaaaa... jagad pun tidur sebilik ke...? tak kacau daun ke bang? hehehehe...

aku jgn kata kucing, mc pun aku perambat dia tidur bilik dia. he he.


:P



tasekM

.

addyaholix said...

ko selalu buat hati aku goyang bang. hehehh!

secangkir madu merah said...

aku dah agak dah, mesti si jagad nak masuk tidur sama. si jagad ni pon satu, lebih lebih pulak dia, paku payung pon tak sebuk

Nizam.Ariff said...

Ashley,
DIa tidur luar hari tu. Saja, tak nak dia kacau...

KOG,
Sebab dia ada perasaan le tak boleh masuk bilik sewenang-wenangnya, takut nanti dia ngorat Mama...

TM,
Apsal anonymous ni? KO pun dah nak tutup blog lagi ke? Hehehe

Addy,
Ini baru sikit. Aku boleh buat benda lain turut bergoyang dik! Hahaha

SMM,
Dia tak suka tido sorang-sorang kat luar kut... dia punya cakar...sampai masuk mimpi aku, ceit... aku kesian, akhirnya Mama bukakan pintu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com