Monday, December 28, 2009

Sekian, laporan dari Bukit Larut pula

.


Hari Khamis. Pagi-pagi lagi aku dah tertancap di kaki Bukit Larut. Semalamnya, ada brader jual Roti John di pintu masuk Bukit Larut pesan, kalau nak naik jeep kena beli tiket pagi-pagi sebab jeep naik satu jam sekali dan cuti-cuti sekolah ni banyak yang tempah untuk rombongan keluarga.



Disebabkan pesanan itulah, aku cuba sampai pagi-pagi. Pukul 8.35am aku tercegat di pintu tiket. Dan tiket aku untuk jeep pukul 10am.



Hanya Land Rover yang cukup lasak untuk naik Bukit Larut. Dan aku tersenyum bila di belakang tiket itu tertera 'disclaimer' yang menyebut perkataan 'Land Rover' dan bukan 'Kenderaan'. Ini bermakna, pengurusan pusat peranginan itu perlu guna Land Rover sampai bila-bila dan tak boleh bertukar kenderaan lain, kalau tak 'disclaimer' itu akan memakan diri.






Memang kecut perut. Kalah 'Roller Coaster' dibuatnya. Bayangkan: jalan selebar kenderaan, gaung dalam, dan selekoh 170 darjah dengan 50 darjah kecerunan!



Ada pasangan dari Belanda bersama-sama aku. Pada mulanya ok tapi pada 1/3 jalan dia minta diturunkan. Gerun katanya. Hmmm... dasar Belanda.



Dan sesampai di atas, inilah antara yang ada:



Cafe klasik. Mee Segera satu cawan RM2



Penahan tingkap antik dan klasik



Wajah-wajah yang muncul dari dalam bukit




Dan pada masa itu, Riang-Riang sedang galak berkelamin. Merata-rata. Macam semut. Sesuatu yang aku tahu tentang riang-riang ni, selepas menetas dan dalam bentuk nimfa (ulat), ia berada di dalam tanah selama 7-9 tahun. Bila menjadi kepompong dan bertukar menjadi Riang-Riang dewasa yang berkepak, ia akan keluar dari tanah dan terbang ke pokok-pokok mencari betina.


Dengar kata, hayatnya semasa berkepak tidak lama. Selepas melampiaskan nafsu serakahnya, ia akan terkulai dan mati, manakala yang betina akan bertelur di dalam tanah, dan mati.



Lemah dan lesu. Apa agaknya yang mereka lakukan malam semalam?




Aku suruh Paku Payung bayangkan kehidupan seperti itu:

Selama bertahun-tahun hidup dalam gelap, sukar bergerak dan lemah. Apabila baru berubah menjadi sesuatu yang mampu bebas terbang ke sana dan ke sini, dan berbetina, dan menjalani hidup penuh riang-ria, tak lama kemudian... mati!


Paku Payung tak mahu.





.

3 comments:

secangkir madu merah said...

dasyat riang riang tu..selepas gembira sakan bercengkerama..mati lak..kesiannya isk isk isk...

kakpah said...

macamanalah dia dinamakan riang-riang.
.
.
kau rasa berbaloi tak naik bukit tu.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Itulah resmi dunia...

Kakpah,
Rasa tak berbaloi sebab tak ada apa-apa selain jalan dan bukit dan batu dan pokok pakis gajah...
Tak ada bunga, tak ada aktiviti apa-apa... naik, ambik gambar dan turun. tu je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com