Thursday, January 7, 2010

Jalan-jalan lurus yang dilimpahi cahaya fitnah...

.


Dan jalan-jalan itu penuh dengan simbahan cahaya fitnah, yang buta pun mampu melihat dari pendengarannya, yang tuli pun mampu mendengar dengan lidahnya, yang bisu pun mampu berbicara dengan matanya...



Sesiapa pun boleh tenggelam dalam keasyikkan cahaya fitnah itu. Tenggelam dalam kelembutan cahayanya, dalam pandangan mata hatinya. Namun disebalik mata-mata itu, palitan-palitan keji busuk hanyir bergumpal-gumpal membakar dan terbakar. Cahaya dari api itulah yang bersatu bersama fitnah, lalu menerangi jalan-jalan yang lurus lagi benar itu...



Fitnah keji yang indah dan memabukan sesiapa sahaja itu mampu menghanyutkan sesiapa sahaja kepada kalam suci, yang tertulis pada bait-bait keji yang menyesatkan. Kalam suci yang indah di dalam kitab-kitab penuh fitnah itu...



Ketawalah, hai kau Dajjal!!!!
Awalmu semakin hampir ke mari,
akhirmu juga.....



Ketawalah, hai Dajjal!!!







.

3 comments:

secangkir madu merah said...

ya Allah..jauhilah aku dari cahaya fitnah itu...
semoga terbentang jalan2 kebenaran didepan mata...

AZANI said...

salam Nizam dan yatie,
akhir zaman, fitnah berleluasa sehinggakan dikatakan sekiaranya harta yang berbaik adalah seekor kambing dan bawalah berlindung diri di puncak gunung ,dari Abu Said al Khudri.Sahih Bokhari....satu lagi orang yang duduk lebih baik dari yang berdiri ,berdiri baik dari berjalan, berjalan baik dari berlari..begitulah hebatnya fitnah,barangsiapa yang terdedah dgn fitnah akan mendapat kemusnahan,sesiapa yang boleh cari tempat berlindung,berlindunglah...hadith riwayat Bokhari ..dari Abu Hurairah.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Sama-sama kita berdoa...

Azani,
Hebatnya fitnah memang begitu...dahsyat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com