.
Di executive dining hall...
Kami saja makan lewat sikit. Malas nak beratur nak bayar. Lenguh tangan ampu pinggan yang penuh dengan nasi dan lauk 2-3 jenis. Kadang-kadang terfikir jugak, kalaulah tangan boleh lenguh nak ampu makanan tu, agak-agaknya macam manalah perut nak tampung? Itu sebab otot perut boyot.
Mengikut teori, mereka yang terkejar-kerjar nak makan dulu akan mencuba pelbagai lauk-pauk. Masing-masing akan cuba berlainan dari rakan-rakannya. Pelbagai pilihan.
"Itu juga menunjukkan mereka tak sekata, tak sehati. Berlumba-lumba mencari kelainan" kata kawan aku sambil menyudu nasi ke mulutnya.
"Lihat kita. Kita tak terburu-buru. Dan lauk-lauk kita adalah sama. Menunjukkan kita ini jenis bukan berkira, mengalah dan bersatu hati. Cita rasa yang sama" tambahnya.
Ceh! Kata aku.
Lauk kita sama sebab lauk-lauk lain dah habis!
Ini je yang tinggal.
Takkan nak makan nasi kosong je?
.
4 comments:
makan susah..tak makan pon susah kan? tapi kalau dah malas nak pegang pinggan utk perut sendirik..apa kes tu?
satu hati, satu jiwa, tak tahu berapa malaysia (dan takde kena mengena dengan cerita lauk, heh)
...not in mood.
hanya satu : siannnnn
SMM,
letak je pinggang atas perut.. makan sambil jalan-jalan. Perut kat ke dah boyot... letak dulang pun boleh. hahaha
KOG,
hati dan jiwa mana boleh satu... ramai woo... eh, ko sehati dgn aku ke? hahaha
Ashley,
Ala... akak ajak le dia orang datang ke rumah , gotong royong cuci aircond pulak...
Post a Comment