Saturday, March 13, 2010

Sujud aku di tubir longkang...

.







Lagak orang pesisir, macam aku lah, selayaknya aku di tubir longkang.



Nasib baik masih disuguhi tikar dan sejadah sebagai pelapik kepala lutut, perut ibu jari kaki, telapak tangan dan dahi. Ya, itu anggota sujud.



Memang itu dikira masih bernasib baik untuk aku yang datang lewat. Masih bersambung shofnya.





Ada pernah sekali dulu... lamaaaa dulu... di sebuah masjid yang renek dan comel. Terpaksa sujud di atas tanah yang berlereng, yang agak curam. Dah macam nak tergolek.





Dan ada pernah sekali dulu... agak lama juga dulu...di sebuah masjid juga renek dan comel. Ketika berdiri, sebelah kaki tinggi dan sebelah lagi rendah akibat simen yang tak rata.







Dan ada juga sekali itu, aku terpaksa sujud atas tikar yang dibentang atas besi-jaring longkang, berbirat dahi dibuatnya.





Kesimpulannya???













.

3 comments:

xiiinam said...

berdiri, sebelah kaki tinggi dan sebelah lagi rendah akibat simen yang tak rata.


Nizam, pakZahan sentiasa berdiri sebelah tinggi sebelah rendah...bukan kerana simen tak rata, tetapi kakinya mengalami ke'ilatan kekal akibat kemalangan 10 tahun lalu....Kalu pergi masjid, mesti nak cari saf tepi....kerana sujudnya tak seperti orang lain. Sungguh!

...disuguhi. Sedap bunyinya!

AZANI said...

salam nizam
yang penting sempat dua rakaat bersama imam.....

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Oh, ye ke...
Disuguhi tu kira bahasa ibunda juga le kut...hehehe

Azani,
Sempat tu sempat cuma kalau kat belakang tu banyak yang jadi pengacau... budak-budak bising, org2 yang mak paksa gi sembahyang tapi bersembang dll...

Ashley,
Aku memang datang awal, belum azan pertama pun lagi. Tapi, dia orang lagi awal datangnya...dia org dah cup tempat gamaknya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com