Monday, June 14, 2010

Angin sejuk mengalir turun dari awan ke lembah...

.

Waahhh....

Segar, nyaman dengan bau daun hutan dan pokok pine. Angin bukit turun dari puncak awan, melorot menelusuri dahan-dahan pokok hutan dan pucuk-pucuk pakis gajah. Cuaca yang sekejap mendung dan sekejap panas.


Tetapi, semua itu cuma dari balkoni Century Pines. Bukan di Ringlet, bukan di Tanah Rata, juga bukan di Brinchang. Di sana, asap diesel lebih dominan. KEA Farm lebih hangat dengan tawar menawar jagung-jagung mutiara dan keledek manis. Aku tak pasti kenapa di situ ada Oren Cina dan Rockmelon.


Di sepanjang jalan, Strawberry pelbagai saiz ada dijual. Dari sebesar telur puyuh sehingga sebesar pemeluk Badang: dari yang boleh di makan sehinggalah kepada yang hanya boleh digomol-gomol sambil ditumbuk-tumbuk. Aku hairan juga, kenapa ramai yang beli Strawberry edisi gomol-gomol sedangkan tentu semuanya bukan native di Cameron Highland. Itu semua buatan negeri-negeri di lembah sana. Mana ada kilang jahit Strawberry di atas gunung ini. Tapi, mereka tetap beli. Aneh. Made in China pulak tu. Beli je la kat lembah bawah sana... tentu murah kerana nak angkut ke atas sini tentu menelan minyak petrol yang banyak.


Aneh, orang berasal dari lembah membeli barang yang di buat di lembah di atas puncak awan ini. Lain kali, beli la pakis gajah ke, kayu api hutan ke.. sesuatu yang tak ada di lembah.


Terasa bodoh juga bila di puncak gunung yang sepatutnya sejuk, aku masih buka penghawa dingin di dalam kereta. Aku terpaksa.





.

5 comments:

tasekM said...

panas ke kat atas sana? kt sini hujannnnnn manjang.

nak daun stawberi selai yek...? he he.




.

ashley said...

Nizam,
ko kat beijing ke?
hehehe

AZANI said...

salam nizam
strawberry besar pemeluk badang....gomol gomol...lak.....?musykil.....

Catwoman said...

Beli strawberry asli kat atas puncak nun di sana mmg manis, bila turun ke bawah dah lain pulak rasanye......

:)

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku dah petik daun tu tapi sesampai kat bawah dia layu. Aku buang kat Kampar.. heheh

Ashley,
Ha-ah, kat Beijing kalau tgk org Cina yg ramai...

Azani,
Bantal bentuk strawberry... hahaha


Catwomen,
Ye la... tu sebab aku makanm kat atas je. Aku tak beli bawak turun... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com