Wednesday, September 22, 2010

Aku bukan Malaikat yang turun dari langit...

.

Tengahari tadi, aku diminta untuk ke pejabat jualan itu untuk selesaikan satu urusan atas dasar kekeliruan dari pejabat akaun syarikat itu sendiri.


Bila sampai, aku duduk-duduk di sofa gebu panjang sambil menunggu seseorang yang aku tak tahu siapa sebenarnya.

" Encik dari atas ke? " tanya seorang perempuan yang aku kenal.

Aku terkebil-kebil, 'dari atas?'. Aku cuba nak faham tapi aku tak berapa faham, apa ada di atas? Dia ingat aku naik helikopter datang ke situ agaknya.

" tak... saya datang sini naik kereta..." Kata aku.

Tapi dalam hati aku kata " Aku bukan malaikat datang dari atas"...

(detik pertama dalam hati aku bukan nak sebut 'aku bukan Malaikat'  tetapi ' aku bukan Tuhan...' tapi oleh sebab takut orang salah tafsir Tuhan itu bertempat kanan kiri depan belakang atas bawah, aku tukar kepada Malaikat. Itu sebabnya aku terkebil-kebil beberapa saat sebelum aku jawab)


Dua-tiga orang yang ada di situ ketawa. Aku turut tersenyum.


Baru aku tau, tingkat atas ialah pejabat akaun yang sepatutnya aku berurusan...


haih...







.

3 comments:

tasekM said...

melampau ok.

:p

aku baca soalan yg budak tu tanya pun aku dah paham yg dia maksudkan dari atas tu ialah pejabat.



.

AZANI said...

salam zam,
cer kau kata....majlis peguam.....

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku buat-buat tak faham... ada ka dia tanya camtu? Nasib baik dia tak tanya " Encik nak naik atas ke?" mau pengsan aku...

Azani,
Tang tu aku tak terfikir lak... tak sampai lagi tahap tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com