Thursday, September 30, 2010

Bubu oh bubu...

.

Aku ada satu projek. Tak berbilion-bilion dan tak guna (atau bazirkan) wang rakyat kecuali sorang rakyat (kalau aku masih dianggap rakyat Malaysia la).


Hari tu aku sembang dengan abang aku yang selalu ajak aku memancing. Oleh kerana memancing memakan masa 2-5 jam bergantung kepada cuaca dan respon dari ikan, aku cadangkan apa kata sambil tunggu pancing, dilabuhkan sekali perangkap ikan atau bubu.


Abang aku kata, kalau nak buat bubu kenalah yang boleh pasang siap dan boleh cerai semula sebab senang nak masukkan ke dalam kereta bila selesai. Dulu-dulu aku selalu buat bubu ikan sawah daripada dawai mata punai (bukan mencarut). Bubu itu agak besar dan tak sesuai kalau nak diangkut-pasang dalam kereta. Namun, konsep asasnya sama: ruang perangkap dan injap perangkap.


Selebihnya adalah aksesori: tingkap ikan, tali untuk diikat pada tebing, umpan. Oleh kerana air sungai lebih deras, tak seperti sawah yang tenang, bubu perlu kukuh dan mampu duduk diam di dalam sungai.





Pada mulanya aku nak buat bubu udang galah daripada buluh betong tapi leceh. Banyak kerja. Jadi, aku nak buat bubu ikan. Abang aku tanya, bubu ikan apa? Aku cakap, bubu ikan seluang pun tak apa, janji ada ikan masuk.





Aku tengah cari ilham macam mana nak reka bubu pasang siap...




.

4 comments:

kakpah said...

tak dapek den nak nolong e sobab den bukan kaki mancing hahaha

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Mancing dengan tangan kak.. hahaha

ashley said...

bila dapat ikan, ko bakar seksiap, buat ayor asam ...pastu hantar Bangi tau!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
jauh tu.. dari Perak ikan tu. Tgh jalan pasti dah abis..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com