Wednesday, September 1, 2010

Malam yang peluh menetek-netek sampai basah baju...

.

Apa la nasib aku kali ni.

Tidur malam bermimpi tolak lori hantu @ lori tanah rosak tengah jalan kampung.

Kalau tak ditolak, mana kereta aku nak lalu.

Ish..ish... penat giler.


Bangun tido berpeluh-peluh. Nasib baik masih belum Subuh, boleh minum air pengganti air yang hilang dek kepenatan menolak lori sampah.


Eh... lori sampah pulak?  Ya, mimpi memang melompat-lompat.


Dah penat menolak lori sampah, aku ambil keputusan untuk menariknya dengan tali pula.

Aku ikat tali pada hidung kerbau yang malas nak bergerak dari tengah jalan.

Eh... jadi kerbau pulak?


Ya, kerbau memang boleh melompat-lompat kalau disuguhkan dengan mercun bola. Dan salah satu hujung tali yang aku pegang itu aku nyalakan, menjadi sumbu.


Cepat-cepat aku beredar sebab takut tangan aku pecah dek mercun bola. Api terus merebak melalui tali itu sepantas fius dinamit, cuma kali ini bukan dinamit. Ianya sebiji mercun bola sebesar kerbau.

Ya, sebenarnya yang tertonggok di tengah-tengah itu adalah mercun bola sebesar kerbau jantan.



Entahlah... aku terlalu penat menolak lori hantu @ lori tanah yang tersengguk-sengguk di tengah-tengah jalan, yang membuatkan perjalanan aku turut terbantut-bantut.


Kalaulah begini, baik aku bercelapak di atas kerbau jantan tadi, pasti boleh kuredah lopak dan kali. Pasti perjalanan aku licin.


Masalahnya, yang tertonggok di tengah-tengah jalan itu bukan kerbau jantan tetapi mercun bola yang besar di atas lori sampah...



Lori sampah lagi..???!!!!!



Aarrrrghhhhhh..!!!! Penat aku.





.

7 comments:

AZANI said...

salam zam
sampahpun sekarang dah boleh datangkan duit...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sampah masyarakat perabih duit... hahaha

tasekM said...

ahhhhhh... aku pun penat gak...

menetek-netek tu nk kena lempang...?

;p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Salah eja ke? Bunyi lebih kurang sama jer.. hahaha

kucingorengemok said...

kalau mimpi macam ni selalu boleh turun 2-3 kilo rasanya

ckLah@xiiinam said...

Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

InsyaAllah.







Ucapan di atas tu ckLah copy paste utk semua kawan2.

Ucapan tambahan untu kau....
"Apa yang menetek-netek tu.....?"


:)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku harap macam tu la.. tapi tak juga rasanya.. hahaa

Cklah,
Ucapan Slamet Hari Raya untuk cikgu gak. Yang menetek-netek tu air peluh, cikgu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com