Friday, November 26, 2010

Kejadian-kejadian aneh di sebuah klinik

.

"Aku berjumpa Ayu malam tadi tetapi aku tak boleh berbuat apa-apa, aku terkaku"
"Maksud kau, Ayu yang kita pernah kenal itu....?"


"Ya! Ayu yang pernah kita...."
"Tak mungkin!"


Itu sedikit tentang Ayu. Selanjutnya, ada di daerah Mahawangsa.

........................

Pagi tadi, aku ke klinik dengan Mama kerana ada sesuatu yang kurang kena ke atas kami. Oleh kerana kami akan pergi ke pejabat masing-masing, kami bermesyuarat dan berkeputusan untuk pergi ke klinik yang sama tetapi memandu kereta asing-asing.

Aku sampai dahulu ke klinik, jadi aku isikan borang klinik untuk Mama sekaligus. Aku minta 2 borang dari kerani klinik itu. Aku cakap, aku datang berdua. Kerani itu tanya balik, " kakak ikut sekali ke? "

Aku tersenyum, aku jawab " Ya, itu ada berdiri kat sebelah tu. Tak nampak ke?"

Kerani itu mengerutkan dahinya. Aku pula terus-terusan tunjuk Mama yang tiada di sebelah aku kepada kerani itu. Sambil itu, aku bertanya sesuatu kepada Mama yang tiada di sebelah aku.

Kerani itu tersenyum, "Hmm.. abang memang kena jumpa doktor cepat-cepat kalau macam ni.."

..............................

Ketika berjumpa doktor, Mama sempat masuk sekali. Mama adukan kepada doktor tentang sesuatu di dalam telinganya. Doktor berpendapat telinga Mama perlu dipancutkan dengan cecair untuk mengeluarkan sesuatu. Lalu doktor pun mengeluarkan satu picagari besar yang diperbuat daripada besi tahan karat. Doktor masukkan air suam ke dalam picagari itu.

Melihat saiz picagari sebesar lengan wanita dewasa itu, aku toleh kepada Mama. Aku minta Mama bersabar dan tabahkan hati.

Mama tanya, " Kenapa cakap macam tu? "
Aku cakap, " Sebab doktor nak pancut air tu kuat-kuat biar keluar ikut telinga sebelah satu lagi..."
Doktor ketawa, " Telinga kiri mana ada bercantum dengan telinga kanan..."
Aku balas balik, " Telinga Spongebob macam tu..."

................

Oleh kerana alang-alang kami ke klinik itu, aku minta Doktor uji tahap glukos darah kami kerana kami berdua masih belum bersarapan lagi. Doktor pun keluarkan alat pengukur tahap glukos digitalnya.

Tahap glukos dalam darah aku: 5.7, dah diakhir sempadan selamat, kata doktor.

Tahap glukos dalam darah Mama: juga 5.7, samalah tu, kata doktor.

Aku cakap kepada doktor, "Takkan sama sedangkan badan kami berbeda saiz. Entah-entah, alat doktor tu dah rosak atau kalibrasi dah lari "

Entah macam mana, pendirian doktor itu goyah. Dia menjadi kurang yakin. Aku cakap, elok dicuba orang ketiga. Kalau berbeda bacaannya, maknanya alat itu masih elok.

Lalu doktor pun panggil 3 orang pembantu kliniknya dan bertanya siapa diantara mereka yang belum bersarapan. Salah seorang kemudiannya dipilih untuk bahan ujian kepada hipotesis aku tadi.

Tahap glukos dalam darahnya: 5.0, sah alat itu masih elok, kata doktor.
Aku tengok kerani yang menjadi bahan uji tadi berkerut dahinya sambil memekup kapas basah pada hujung jarinya...




.

4 comments:

ckLah @xiiinam said...

Tak pasal2 jari kerani tu menjadi mangsa peminat sponge bob!

tasekM said...

saje laaaaaaaaaaaaa ko.....!




.

kucingorengemok said...

kesian tau dia, haha

kirim salam ayu

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Seseorang perlu dikorbankan.. hahaha

TM,
Dah aku tak betol masa tu, nak buek camno..

KOG,
Aku sampaikan salam kat Ayu bila akuk bermimpi malam nanti..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com