Radio mendendangkan lagu Maher Z yang mendayu-dayu dicorong telinga wanita. Maka, dengan tiba-tiba keluarga Maher Z menjadi besar. Ada yang mengaku adik angkat, bini angkat, awek angkat.
"Mama tak nak jadi adik angkat dia ke?"
"Tak mau lah"
"Eh, kenapa? Ramai perempuan pasang angan-angan dengan dia tu"
"Entahlah. Dia biasa-biasa je. Tak ada yang 'special' pun"
"Hmm.. memanglah, sebab yang luar biasa ada disebelah ni, kan?"
................
Dan radio mendendangkan lagu terbaru nyanyian Suhaimi Meor Hassan, penyanyi yang terkenal dengan suara bak Broery Marantika itu. Epilog cinta dari Bromley adalah antaranya yang aku ingat. Mungkin waktu itu dia masih muda dan sedang bercinta.
Sekarang ini, dia dah berumur. Dah ada anak dara / teruna. Maka lagu yang asyik berkumandang ialah tentang nasihat kepada orang yang nak ber 'dating', duet dengan sapa entah. Ariff juga suka lagu baru yang entah apa judulnya. Setiap kali lagu itu berkumandang, Ariff pasti ikut menyanyi walau aku rasa semacam dengan liriknya...
"Eh.. jap.. jap... Cuba ulang balik?" Kata Mama.
"Boleh pandang-pandang. Jangan tegang-tegang..." Nyanyi Ariff.
" Oppp!! Kata aku.
......................
Potret Ayu masih tergantung pada dinding itu. Wajahnya seayu namanya....
Selanjutnya ada di daerah Mahawangsa.
Sambil-sambil tu dengar kisah yang sedih ini...
.
17 comments:
Tegang ckLah dengar Arif nyanyi tu...
:D
(Siapa Maher Zain? Adik beradik Ziana Zain ke?)
***Jangan marah ya Tas!
Cklah,
Lirik yang tak berselindung lagi...
Tas dah gila bayang kut. Mana boleh sebut-sebut nama penuh Maher tu. Aku pun letak Maher Z je... hahaha
elehhh. dia jeles la tu kat maher zain.
kan tas kannn?
Tijah,
Ooo... ko pun dah bersedara dgn Maher Zain ek?.
Aku pun nak jugak la... dia ada adik pompuan tak? Kalau ada, mesti warna biru matanya.
takper la kalau tak sedara ngan maher zain pun. sedara ngan ko pun jadiklah..
kakpah,
Apalah diharap padi di seberang, entahkan jadi entahkan tidak, betul tak kak? Meh kita bersedara kak... hehehe
jah,
kita abaikan je la mamat sorg nih...
ihiks.
:p
.
kak pah,
dia kasi signal nak pinang anak yu tu...
sila paham.
:p
.
TM,
Sedara seagama la kak. Jangan terpengaruh dgn orang tgh angau tu kak... hahahaha
dah la tas. meh la kita borak dorang je kat sini walaupun ini blog dia. kihkihkih
jah,
aku rasa kalau kita ambik alih blog dia ni pun sedap juga rasanya. dia sorang. kita bertiga. ko. aku. maher zain.
ahaks.
.
tas,
ko tengok dia dah senyap tas. aku syak dia tgh pujuk wife dia supaya tak join kita.
kalu tak...4-1
Tijah,
Mentang-mentang la Ahad.. cuti...
Borak la korang dulu, aku gi mancing kat Putrajaya.
TM,
Wei.. Maher Zain tu 'duta' Proton tau. Any time aku bleh minta autograf dia. Ko nak tak?
Tijah,
Bini aku suka tenung mata aku je.. hahaha
Nizam, TM, Tijah..
Jom gi MAHA!!
Lumba naik kuda..
hadiahnya dapat jumpa MAHER Z,
kut kut laaaa..
hehe
Ashley,
Aku dah on the way. Sampai kat simpang ke Sri Kembangan dah jammed. Aku patah balik dan lepak kat Putrajaya.
Nizam,
Aku nak pergi time weekdays..Nak tengok jam ke tak..
Ashley,
Adik ipar yg duk kat Putrajaya pun pesan macam tu. tapi aku keje...
Post a Comment