Tuesday, December 28, 2010

Daun Pisang

Satu perkara aku belajar hari ini.

Meniaga macam cendawan tumbuh selepas hujan, bermusim dan hilangnya pun bila habis musim. Kadangkala, bila lihat orang meniaga dengan hebat, kita pun cuba cungkil rahsia bagaimana dia boleh hebat, hatta meniaga nasi lemak di bawah payung warna-warni sekalipun.

Selepas ketahui luar dan dalam cara dan petua orang hebat itu meniaga, apa lagi yang perlu dilakukan? Kebanyakan kita akan tiru ('duplicate') perniagaan orang hebat itu. Sama ada dengan mewujudkan persaingan dengannya atau pun meniaga di tempat lain yang tiada lagi orang hebat di kawasan itu.


Atau...

Cuba cari beberapa peniaga hebat-hebat yang perniagaannya meletup-letup, kemudian kaji keperluan perniagaan mereka semua. Kalau meniaga dah letup-letup, mesti tak menang tangan punya. Mesti banyak perkara yang tak sempat atau tak cukup untuk dibuat.

Kita berikan apa yang mereka perlukan. Maka wujudlah satu rantaian perniagaan baru. Dan selagi perniagaan mereka itu meletup-letup, selagi itulah kita pun meletup. Tak kiralah apa barang sekalipun, hatta menawarkan daun pisang.

Ramai juga yang meniaga 'import-eksport' begini. Tapi ramai juga yang ambil jalan mudah dengan cara 'duplicate' dan buka gerai payung baru di satu simpang jalan yang baru...




.

2 comments:

ASH said...

jual daun pisang pulok ke?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kalau ada orang hendak, apa salahnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com