Thursday, December 2, 2010

Dr. Hensem...

Tengahari semalam cuaca panas semerbak hangitnya. Kami semua temankan Mama bertemu doktor yang telah dibukukan (booked) sehari sebelumnya.

Oleh kerana menunggu agak lama, aku pun tulis entry di bawah nun. Tetapi, sebelum sempat habis, giliran Mama pula dipanggil masuk. Aku minta Ariff temankan Mama sebab aku tak sempat nak tutup laptop. Maka, terkulat-kulatlah aku tunggu seorang diri di luar.


Bila selesai, Ariff beria-ia menceritakan apa yang telah dijalankan oleh doktor keatas Mama. Mama pula hanya diam.

"Doktor tu muda (juga) ..." Tiba-tiba Mama bersuara.
"Berapa umur?"

"Baya-baya kita (juga) kut..."

* pause *

"Dia hensem (juga) kan Ariff?" Mama bersepakat dengan Ariff.

Petang itu, cuaca yang tadinya semerbak hangit tiba-tiba bertukar mendung dan hujan lebat. Angin berpuput ganas meragut rumput-rumput kering. Oleh kerana aku lelaki, aku pun berkorban diri meredah hujan untuk ke kereta sebelum memandu kereta itu mendekati Mama dan Ariff.

Di dalam kereta, Mama mengusap-usap tisu nipis di bahagian (tertentu pada) tubuhnya. Tisu nipis yang lembut itu terkesan dengan sejenis cecair, kesan dari 'ujikaji' doktor tadi. Mama nampak risau.

"Mama kena jumpa doktor tu balik la nampak gayanya..." Kata Mama.

"Eh... tak nyempat-nyempat..." Balas aku.



Temujanji seterusnya adalah 2 minggu lagi...

Sesampai di rumah, keluar dari kereta, badan aku rasa sejuk semacam. Aku demam.
.

10 comments:

Cikgooden said...

hahahahaha...

Aku said...

CIkgooden,
Gelak la ko..... aku demam lagi ni..

tasekM said...

alah lah lah kesyiannya...


adek makan ubat ye.
dh baik sok kakak belikan cekelat udang.




.

kucingorengemok said...

saja buat demam sebab nak cek betul tak doktor tu hensem kan?

ashley said...

KOG,
aku rasa kalau doktor tu sicantik manis...demam dia silap haribulan tak baik baik..
.
.
pun begitu, aku ucapkan semoga DAK AKU sihat.
tak suka gak demam demam ni..
SIAN kat MAMA!

Aku said...

TM,
Cekelat udang senang lekat kat gigi. Tak suka.

KOG,
Demam betul-betul ni. Musim kut...

Ashley,
Terima kasih mendoakan AKU...hehehe

ashley said...

baca sekali ni...err..perut mama gerak gerak ke?
.
.
.
mama terkena buatan orang?

Aku said...

Ashley,
hik hik... takde la..Telinga Mama yang gerak-gerak je...

addyaholix said...

aku dua kali weekend dah aku demam.

Aku said...

Addy,
Aikk? Weekend je demam... mengeteh sampai lewat malam ni kut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com