Monday, October 3, 2011

Hati-hati menguli tepung...

.

Satu waktu dahulu, lamaaaaaa.. dulu.

Aku pernah masuk ke satu kilang tepung tidak jauh dari pengkalan Lumut. Kilang tepung terkenal. Tepung gandum.


Dalam tempoh 3 bulan aku di situ, banyak pengalaman berharga yang aku dapat. Melihat ikan-ikan besar di jeti. Naik kapal tangki gandum. Panjat silo (kepuk menyimpan biji gandum) yang setinggi 10 tingkat tapi setingkat adalah bersamaan 15 kaki tingginya. Lepak bawah silo bersama-sama tikus-tikus yang menumpang rezeki biji gandum yang tertumpah.


Juga, melihat bagaimana tepung dikisar dan dibungkus. Di situ aku kenal pakcik Ah Hong, Mr. Hung, pakcik Hasri, Ucup, Mamat dan ramai lagi, termasuklah 'Tiger' Lee yang bertatoo di lengan. Menariknya, 'Tiger' Lee pula panggil aku 'Taiko'.


Aku juga dengar cerita-cerita hantu dan langsuir yang muncul di jeti, di celah-celah binaan silo, di celah-celah talisawat (conveyor), di hutan di atas bukit...


Dan kawasan yang paling bahaya bukanlah di puncak menara silo tetapi di silo tepung (kepuk menyimpan tepung gandum yang telah dikisar dan siap untuk dibungkus). Bayangkan, elektrostatik pun perlu dinyah-cas dahulu kalau nak masuk ke dalam silo (untuk cuci atau mengaut tepung-tepung yang berkerak pada dinding silo tu). Merokok langsung tak boleh.


Aku tanya kepada mereka yang menjaga kawasan itu, kenapa sampai begitu sekali? Dia orang jawab, tepung di situ boleh meletup macam bom!


Kemudian mereka ceritakan insiden-insiden silam dan kejadian-kejadian di kilang tepung di tempat lain.


Mereka kata, debu tepung yang kering yang terampai di udara sangat mudah terbakar. Lebih-lebih lagi jika berada dibawah tekanan, memanglah menunggu masa untuk meletup jika terdapat 'spark', hatta dari elektrostatik.

Aku tertonton satu ekperimen tentang letupan debu tepung gandum di Mythbuster. Kuat juga letupannya. Paling tidak, rentung bulu kening.






.

36 comments:

NM02 said...

taiko,

gandum sekilo!

sepa said...

dino,

silo nih ke yg meletup beberapa tahun lepas...

sepa said...

dino,

apsal blog ko dah hilang dr follow list aku...? cuba ko check...?

sepa said...

bila masa pulak ada pakcik Hasri nih... pelanduk, tanduk serupe agaknya...!

Nizam.Ariff said...

NM02,
lu langsi lu siap..! hahaa...



Sepa,
semalam blog aku hilang sekejap sebab blogspot ngada-ngada.

Kebetulan sama nama tu... bukan Hasri @ Sepa... ko kat tempat lain masa tu kan?

cheqna said...

NM02 sekilo..cheqna nak berkilo2 boleh??
hahahaha

aza ni said...

cer cek ,ron,
bahan molekul tepung , mungkin ada kombinasi methana...
tapi memang apa saja yang dikisar halus boleh meletup

tasekM said...

gitu eh..?


.

Nizam.Ariff said...

Cheqna,
tak bleh.... barang kawalan.. hahaha


Azani,
Aku rasa serbuk kayu pun bulih meletup kalau kering. 3 komponen penting untuk letupan - bahan, oksigen dan pencetus.



TM,
ko bayangkan... tengok ko sedap menguli buat cekodok tetiba meletup.... rebeh kening woo.. hahahaa...
so, jangan main mancis api kat balang tepung kalau tepung tu kering dan hari panas...

mokja said...

nice info....sesuatu yang nampak tulus mulus macam tepung yang putih belum tentu tiada bahayanya...so bahaya ada dimana mana..dalam apa saja warna.

kucingorengemok said...

apa maksud langsi tu?

Granny Hani said...

belum pernah meletup lagi tepung yg akak uli..best jugak kalau sesekali meletup tu..hehehe

sindiketsulit said...

alaaaa..
dah la aku baru beli 3 paket tepung gandum nih..

meletup pulak rumah aku nih kanggg...

jeb said...

ini namanya dust explosion..pada jumlah yang sesuai, sesuatu debu boleh meletup..tak kisahlah tepung ke apa ke..ada juga kes habuk kayu meletup..

kalau tepung kat rumah tu i.Allah tak meletup..sebab concentration dalam udara yang rendah..

betul tak ni bro?

sepa said...

setakat tepung segenggam tuk buat kuih tuh... tak pernah aku dengar dlm ketamadunan manusia, boleh meletup...! sekali TM bersin, licin-berkilat talam tepung...! kihkihkih

Nizam.Ariff said...

KOG,
langsi.. errr.. errr... entah.
hahaha.... aku jujur. tak tau.


Hani,
ada kak.. curry puff.. kan ke bunyi meletup tu?
hahaha


Ros,
hah..! hati-hati. Kalau tepung dalam balang tu kering dan berdebu tebal, jangan cuba-cuba nak suluh pakai lighter lak.. hahaha




Jeb,
tepat sekali.... yg tepatnya, jumlah debu tepung yang terampai dan berapa kering debu tepung tu.. juga habuk kayu...



Sepa,
aku sokong... betul tu.
Tasek akalu bersih jenis 3 deret rumah boleh dengar punya. bulu hidung dia pun silap-silap bulih tercabut... KAKAKAKA

tasekM said...

ai.... bunyi macam nk berperang besor nampak gayanya nih...

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
erk... ko tak tido lagi ke?

tasekM said...

baru pukul berapa ni beb.
aku bukannya baby nk tidor awal.

hehe.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sepaaaa......!

tolongin aku deh.... ada makcik tengah asah kapak nih....

tasekM said...

dgn sepa2 aku pancung!

haha.



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ngape ko garang sehari dua ni ek?
Oooo... ehem-ehem ek...

tasekM said...

sehari dua je yg ko perasan aku garang...?
bukan 3 tahun ke?

hahaha...





.

Nizam.Ariff said...

TM,
kakaka.... ko memang!

tasekM said...

eh.
garang tu ko nk kata kat aku ke kat sepa tu...?

haha.



.

sepa said...

dino, sori tak bole tolong. aku tgh dlm tempurung... ko duduk senyam2 dlm kelambu... :)

Nizam.Ariff said...

TM,
ko la.. garang.... padahal hangus bulu hidung jer.. hahaha


Sepa,
ko dah masuk tido ke?
mata belalang tak pecah lagi la wehh...

tasekM said...

babynya sepa tidur pukul 10.30.

aeron,
ko baby tak...?

(rasa nk muntah pulak aku menyebut aeron tu...)

:p





.

Nizam.Ariff said...

TM,
apa plak kul 10.30?
memang la jam kul 10.30 tapi gelapnya dah macam 11.30...

sepa said...

woooit... aku tengah buat checkroll/payroll la... satu staff cuti,terpaksa aku buat. kalau boleh gaji dak workers&staf masuk sblm hari jemaat...!
aku agak mgkn pkl2 pg baru abis... :(

sepa said...

mem,
pukul10.30 n pukul11.30 sama je gelapnya. ko boleh buat sama terang la jugak - guna mentol 100W.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
wuih... demi wang dan amanah, ko sanggup keje sampai liwat pagi ek..?

Habis tu, tidur kul brape semalam?

aza ni said...

0847

aik tak bangun lagi....?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sepa dah masuk hutan balik tu...
kat dalam hutan mana ada signal...
dia pakai alat tetuang ataung mong-mong.. kalau tak pun dia ketuk buluh.. untuk berkomunikasi...
hahaha

sepa said...

mem,
aku tak garang lgsg - brutal mgkn...

dino,
hutan...! ish ish.! country-side lbh tepat. :)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ok laaa... remote country... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com