Tuesday, December 28, 2010

Rindu di dahan Cempedak

'Kurrr.. kurrr...kurrrr.............'

Merdu suara burung di luar sana. Aku terpesona. Cepat-cepat aku terpa gawang pintu dan aku semat selipar jepun. Aku cuba cari arah suara burung itu datang.

'Kurr...kurr...kurrrr............'

Suara burung itu datang dari pokok Cempedak di hujung laman rumah papan itu. Aku cepat-cepat ke situ. Sedang aku terlangak-langak memandang ke atas pokok Cempedak itu, aku dihampiri oleh Bapak yang datang entah dari mana. Bapak juga melangak ke celah-celah rimbun daun.

'Ada kat atas sana tu...' kata Bapak dalam bahasa Jawa.

Aku alihkan semula pandangan aku ke dahan-dahan pokok itu. Aku ternampak banyak sarang burung di atas pokok Cempedak itu. Aku tanggalkan selipar jepun aku dan aku paut dahan yang paling rendah. Aku angkat sebelah kaki aku tinggi-tinggi dan aku gunakan kaki aku untuk tarik badan aku ke atas. Aku panjat dahan demi dahan sehingga aku nampak jelas beberapa sarang burung. Ada yang kecil dan ada juga yang besar. Sarang yang besar banyak di pucuk. Aku terdengar seekor burung terbang dari pokok Cempedak yang aku panjat itu.

Aku dekati sarang burung yang agak kecil yang diperbuat daripada ranting-ranting kering yang kecil, disemat kemas oleh pemilik sarang sehingga sebesar piring.

'Kosong Bapak...tak ada anak burung. Tak ada telurnya pun...' kata aku dalam bahasa Melayu.

Aku tinjau sarang-sarang burung yang besar di pucuk sana.

'Yang kat atas sana pun kosong. Macam sarang tinggal je Bapak...' tambah aku lagi.

Aku toleh ke bawah. Aku lihat Bapak tersenyum kepada aku.

'Belum musimnya lagi... kalau musim nanti, penuhlah sarang tu...' kata Bapak berbahasa Jawa.

Aku pun turun dari pokok Cempedak itu, lalu pergi menghampiri Bapak yang berseluar panjang berwarna perang dan berkemeja lusuh dan nipis. Aku kenal kemeja lusuh itu. Itu kemeja kegemarannya.

Aku renung wajah Bapak. Wajah yang telah lama aku tak lihat. Wajah yang akhir-akhir ini aku rindui. Bapak nampak muda sedikit. Mungkin umurnya sekitar 50an. Bapak balas pandangan aku dengan senyuman manis. Manisnya hingga menusuk ke tangkai jantung aku.

Aku cuba untuk bertanya khabar dan menyatakan betapa aku memerlukannya dikala ini. Sayang, suara aku tak keluar. aku cuba tetapi tak boleh. Akhirnya, Bapak beredar meninggalkan aku sendirian di bawah pokok Cempedak itu.


'Kurrr...kurrrr.....kurrrrrr...'

Burung tadi berbunyi semula, kali ini di atas pokok kelapa. Suaranya memutuskan pandangan aku kepada Bapak yang pergi tanpa menoleh kepada aku lagi. Aku pandang burung Merbok di atas pelepah kelapa yang terbuai-buai dek angin petang.

(Bapak - 1927 ~ 2007).

Aku terjaga dari tidur dan mata aku masih terasa kelat menahan gelora rindu.


Untuk cerita lanjut tentang Bapak di akhir-akhir hayatnya, sila lawat disini



.

9 comments:

buah kedondong said...

Setidak-tidaknya kita berpeluang merasai semua tu. Generasi akan datang?

Akan kenalkah mereka dengan bunyi burung?

Akan kenalkah mereka dengan buah cempedak?

Akan kenalkah mereka dengan desiran air terjun dan derusan sungai yang mengalir?

Akan ingatkah mereka dengan kita suatu hari nanti sepertimana kita merindui ibu bapa kita?

ckLah@xiiinam said...

....Al Fatihah buat al marhum bapak...

Aku said...

b.kedondong,
sebab pernah merasai itulah terbitnya rindu...

Cklah,
...al-Fatihah...

tasekM said...

al fatihah utk arwah bapak.

aku dh lebih 20 tahun tak de bapak.




.

Aku said...

TM,
Kenangan sungguh mengusik jiwa... kan?

e s c a p e d said...

salam singgah.. :)

Aku said...

escaped,
salam tahun baru.
Terima kasih kerana sudi singgah...

ashley said...

Kurrr kurrr kurrr..
ianya bagai menggamit kenangan lalu..
al fatihah..
TM< AKU< dan ashley dah tak der ayah..
jom nanges sesama!

Aku said...

Ashley,
Aku lelaki, menangis dalam hati je la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com