Friday, December 24, 2010

Wabak perasaan kini melanda?

Betul ke akhir-akhir ini ada macam-macam penyakit yang tak diketahui puncanya?

Petang tadi, aku telefon kakak dan dia kata keluarganya demam tapi macam tak demam. Makan tak ada selera. Demam tapi badan tak panas. Cuma kaki yang sejuk dan badan terasa tak selesa. Bila dia kata begitu, aku terus teringatkan diri aku.


Dalam seminggu ini aku langsung tak berselera makan apa-apa.
Hatta roti canai banjir yang menjadi ikon sarapan pagi aku.
Apatah lagi segenggam nasi, walau dicucurkan kicap Tamin atau Nur.
Natijahnya, bila aku timbang berat badan aku sekejap tadi, aku hilang 3kg lebih.

Nak kata demam, badan tak pula rasa panas. Cuma kaki kerap sejuk.
Bila selimutkan kaki, dalam 10 minit mula rimas, panas.
Buang semula selimut. Tak lama kemudian, kaki sejuk balik.
Malam-malam, 3-4 kali terbangun kerana haus.
Malam tadi saja hampir segelen air yang aku telan.
Bibir cepat kering. Hati berdebar-debar. Kepala terasa khayal.
Perasaan pula seperti... seperti ingin mati.
Malas nak hidup lagi.

Agaknya, itulah sebabnya aku tulis semula entry ini di MerungMahawangsa Isnin lepas.


Aku tak makan sebarang ubat kerana aku tak sedar pun aku demam.
Aku tak perasan yang aku sakit.
Aku ingatkan kerana tekanan atau perasaan, jadi aku biarkan.
Petang tadi bila kakak beritahu dan aku beritahu Mama,
barulah aku ambil pil demam.
Tetapi itu setelah hampir seminggu aku tak selera makan.
Adakah aku terlambat..???
Aku telah terlambat...???



.

7 comments:

AZANI said...

salam zam
cer pi klinik....mungkin bolehdirujuk pada doktor pakar,,mana tahu..simptom awal untuk sesuatu...bukan meminta tapi langkah berjaga jaga

kakpah said...

mungkin sekarang musim demam tapi tak demam. akak pun kadang2 terasa macam tu jugak..

Anonymous said...

perubahan cuaca..skangkan musin sejuk..so suhu badan pun berubah la ....

secangkir madu merah said...

musim tak menentu..kejap panas kejap hujan jadi suhu pun jadi tak menentu sbb tu badan pun lemau semacam je...makanlah ubat


atau entah2 kau ni pembawak budak tak?

Aku said...

Azani,
nanti-nanti baiklah tu...

Kakpah,
Ramai jugak yg rasa macam kita ni...

Anon,
Harap-harap begitulah...

SMM,
Takde mendenye kak...

buah kedondong said...

ehem...jgn jadi cam aku yer..bdn biasa padahal temp 40...taw2 terlantar kat spital jer..

sila-sila la yer berkunjung ke spital

Aku said...

B.kedondong,
Dah lepas.. tapi tempiasnya masih ada...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com