Friday, January 7, 2011

2011 - Semangat yang hilang

Mentang-mentang minggu pertama dalam tahun yang baharu, semangat berkobar-kobar. Tapi bukan aku. Itu orang lain.

Semangat yang baharu menjana pemikiran dan iltizam yang baru. Walau iltizam yang baru itu hampir sama dengan iltizam tahun sebelumnya. Dan hampir-hampir sama dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Bezanya mungkin dulu tulisan Roman Simplex tapi pada kali ini tulisannya Jawa Panorogo atau mungkin Jawi Khat Khufi.

Iltizam yang 'baharu' ini seterusnya menjana cara kerja dan tindakan yang efisien, cekap. Segalanya 'short, precise and concise'. Sampai kadang-kadang payah untuk difahami dek kerana singkatnya.

Semangat aku?

Huh! Aku masih mencari semangat untuk tahun 2011 ini. Sambil-sambil itu, aku timbang-timbang semangat yang masih ingin melekat pada batang tubuh aku ini, sama ada kuat atau lemah. Lemah atau kuat....? Hmmm....

Semalam, berjalan di antara gerai-gerai kanvas PVC di pasar malam, aku cuma beli:
Ikan Tenggiri Batang 1.3kg seekor
Buah-buahan - Pelam lemak manis + Jambu Madu
Bebawang - bawang putih, bawang merah (RM10/kg!) dan bawang besar Holand
Makanan segera tunjuk bungkus - 2xNasi kerabu separuh tapi kerabu lebih + Briyani Ayam Goreng
Sayur - Daun Asam Keling (Mama kata nak masak asam)

Bila aku belek balik dompet, aku 'hilang' RM60 !!!


Maka, 2011 ini... leburlah semangat aku. Semangat yang hilang...



Nota: Service Tax dah 6%, minyak RON97 dah RM2.40/ltr... lagi??


.

16 comments:

kucingorengemok said...

untuk ibu-bapa dan anak satu?

kalau orang anak 5 macam mana agaknya... kesian, sedih, geram, marah!

Aku said...

KOG,
Ni yang berangan-angan nak beli polybag tanam sayur dan beli akuarium bela ikan puyu...

ashley said...

KOG,
itu kalau anak 5...kalau anak 9 pulak?

Aku, sayur ko tak guna baja ke? ikan puyu makan apa lak?

AZANI said...

salam zam
bawang naik, minyak naik,gaji je...tak naik....
semoga Allah mencukupkan rezeki untuk kita semua buat tampung keperluan...

tasekM said...

azam aku. harus memasak sendiri semaksima mungkin. kurangkan makan kedai.

tapi. nak beli barang nk memasak tu pun... haih... rasa pi mai pi mai tang tu juga.

ni yg rasa nk dok teluk intran je nih...




.

Aku said...

Ashley,
Baja guna yg asli. Ikan puyu makan jentik-jentik... pandai-pandaila nak hidup. hahaha

Azani,
Nampak gayanya, gaya hidup kita kena undur beberapa tapak kebelakanglah. Aku kesiankan orang yang tersepit kat tengah2.

TM,
Mula-mula aku fikir macam tu jugak. Tapi kan, kos barang basah kat kampung lagi mahal daripada bandar sebab kat bandar banyak pasaraya beli borong...

tasekM said...

baru ingat nk klik iklan. tak keluor pulak. he he.

aku tunggu sampai dia kelor ok. dah kaya sok belanja aku.



.

tasekM said...

tapikan. kat t i tu. kalau ko beli sayur yg dah siap masak, singgit boleh makan sekeluarga yg ada 5, 6 orang.



.

tasekM said...

tiga2 blog aku dh klik.

selamat kaya ye.

he he.



.

Aku said...

TM,
Jap lagi aku masuk blog ko lagi.. kalau ada aku klik... tolong menolong semasa insan baguih...

TM,
Aku tak nafikan kalau setkut sayur kampung sebab tumbuh percuma. Cuba beli barang2 lain.. pergh...

TM,
Ko buat 5 blog lagi la.. nanti aku klik... hahaha. Lepas ni, kalau masuk blog kawan2 kena klik la...
Tapi, Tijah dah kaya... nak klik ke tak nak klik... ?

tasekM said...

nk buat blog tu bulih. tapi tu kang tak berhapdet. aku ni tak banyak ilham nk menulis macam ko. kot ada ilham pulak aku malas nak menaip. bulih gitu? ha ha.

tijah tak payah klik kot. dia kaya gila. lagi pun follower dia ramai.
hahaha...

hi tijah! ehem.




.

Aku said...

TM,
Blog kosong tak hapdet pun takpe... memang khas untuk klik iklan oleh kawan2 jer.. hahaha.

Tijah tengah belajar piano pun duit masyuk tu... 'peace' jah.

tasekM said...

ah! aku syak dia berbungkus dalam selimut lagi tu.

tijah! bangun. cukup2 la tu...

aku ni berblog sambil masak ni.
mati la hangit hati ayam aku ni kang.



.

Aku said...

TM,
Ko memasak..????
Cuba tengok pintu jap. Aku rasa Darren dah jalan senyap2 ajak MC keluar makan...

Anonymous said...

ni rintihan orng yang berduit,semanagt nya hilang......camana la semangat orng yang tak berduit?....entah kemana lah semangat mereka pergi?...hanya Tuhan yang tahu.....

Aku said...

Anon,
Memang dah tak de semangat nak hidup la kut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com