.
Aku sedar tetapi kesedaran aku itu agak terlewat.
Ketika aku sedang enak mencelah di celah-celah perumahan itu, aku terkejut apabila ada seekor kucing betina melintas jalan. Aku sempat membrek walau pun tidak lekat. Namun, kereta yang bertentangan arus di hadapan aku tidak dapat berbuat apa-apa. Dia teruskan. Nasib baik menyebelahi kucing betina itu, ia berjaya menyusup di celah-celah yang sempit diantara jalan tar dan badan kereta, juga diantara tayar-tayar yang berputar laju. Bila aku lihat betul-betul, di mullut kucing betina itu ada secebis makanan. Apabila aku turuti kemana kucing betina itu pergi dengan anak mata, aku lihat dia pergi mendapatkan seekor anak kucing yang sedia menunggu di tepi longkang. Ibu kucing itu membawakan sarapan untuk anaknya.
Tidak jauh dari situ, masih di lorong perumahan yang sama, kelihatan seorang Pakistan atau Bangla sedang berjalan di bahu jalan. Di tangannya ada sebuah mesin pemotong. Lebih tepatnya, mesin gergaji berantai. Di tangan satu lagi, dia pegang sebotol minyak yang aku rasa itu minyak petrol. Dengan muka yang masih kelat, ketat dan muncung pada pagi-pagi begini, aku risaukan kalau-kalau dia mengamuk lalu menahan beberapa pemandu kenderaan yang tersepit di celah-celah lorong perumahan USJ12. Entah apa pun puncanya, dia kemudian menghidupkan gergaji berantai itu lalu memotong manusia-manusia yang hampir dengannya.
Syukurlah.
Semua itu tak berlaku di depan mata aku.
.
30 comments:
Eh?apa citer ni?takpaham.tang kucing tu je paham.
alienpakailipstick,
dua cerita dalam satu...
dan kucing betina dan mamat pakistan bermuka kelat tu adalah dua cerita berbeza... yang menyatukan mereka ialah, mereka berada di lorong yang sama...
mujur ibu kucing tu selamat... ni imaginasi terlebih ni,sampai nak potong manusia...hihi
saudara nizam,
saya ingin dapatkan alamat tempat urutan cina boleh?
thanks.
Kuat berangan jugak encik nizam ni. Heheh. Ni la akibatnya kalo banyak sgt tgk movie. Apa-apapun syukur la kucing tu selamat. Dapat bagi makan kat anak dia.
Aishah Jahirah,
... kita kena beringat-ingat dgn orang yang bawak gergaji berantai dengan muka kelat ni.... takut... hahaha
Oshinz,
ok.
aku tak ada alamatnya sekarang tapi aku dah cuba google map: Jabatan pertanian Tangkak, Johor. dan hasilnya memang seperti yang tempat aku pergi itu. Ianya rumah kedai 2 tingkat banyak tanglong merah kat koridor, berdepan/seberang jalan Jabatan Pertanian tu.
tapi nak bagi tau, ramuannya dicampurkan dengan sejenis cecair.. sama ada arak cina atau cuka.. .aku tak pasti.
LyDS,
Salam.
Pasal lelaki bergergaji berantai tu, aku cuak juga kalau dia betul2 tengah marah nak mengamuk, mana aku nak lari sebab jalan tu sempit...hahaha
mmmmmmm??????
imaginasi tahap tinggi eh?
dasyat nho imaginasi...
NM02,
tak.. tak berlaku apa-apa yang ngeri... hehehee
cikgu Ma,
mohon dilindungi dari malapetaka, cikgu... kita bukan tahu apa isi fikiran dia masa tu...
TM,
hmm.. tu belum lagi imaginasi yang bukan-bukan.... keh keh keh
aku dapat kesan naratif ko sangat bagus walaupun mengenai dua perkara berbeza tapi bertemu pada satu titik yang sama...ada elemen suspen...kalu ko tulis cerpen, musti ko ada follower neh...
LW,
aik... ada nada memancing di situ... hehehe...
aku suka menulis tapi fizikal aku menjadi penghalang... huhuhuhu
a ahh aku sedang memancing toman besar neh...guna umpan katak...kikiki.. kalau dapat toman neh..untung aku jual kat pasar..haha
ehh aku hutang ko pasal kispen ganas tu..kerja cemburu dengan aku...tak sempat nak sentuh benda lain...selagi namanya kuli, gitulah aku..
LW,
jual?
takpe.. aku rela ko lapah dan gulaikan aku... hahaha
kuli??
takpe...biar kkuli dimata asalkan boss dihati... hahaha
jangan merungut mencari rezeki. jadi macam kucing tu. susah2 pon pergi je cari. tak mengomel macam bangla:P
cheryna pires,
betulllll..... tepat sekali on-the-dot.
berjuanglah mencari rezeki macam ibu kucing tu dan jangan ikut perangai manusia yang pagi-pagi lagi dah merungut2.... hahaha
kalau muka dia mencuka jer cam ner..hehe!
lelakisemalam,
kalau dah semulajadi, nak buat camner...
aku takut kalau dia mencuka sebab perkara yang berlaku malam tadi... hahaa
yer..walaupun kuli..aku tetap jadi bos dalam hati aku sendiri, boleh kah begitu??
tak adil rasanya ko nak buat comparisen antara kuchen dan bangla..sebab satu adalah hewan dan satyu lagi adalah manusia...aku rasa kalu kucehn tu boleh merungut, dia akan merungut juga..kan..dah terbagi status manusia pada kuchen tu..dia seorang kuchen dan dia seekor bangal...hah dah bercampur aduk..
LW,
hahaha... bangla.. bunkan baghal.. keh keh keh.
nak citer.. kadang2 haiwan lebih bersungguh-sungguh untuk hidup berbanding manusia...
ya betul..nak nak lagi kalau ia adalah seekor ibu kuchen...ia akan tetap menjaga anaknya..
ni ada citer kuchen..hari minggu hari tu ada ibu kuchen mati depan gate rumah aku. satu family, ada bapak dan ada anak. Alahai sedehnya aku tengok sebab si anak tu dok mengeow maybe nak susu dan bapak kuchen pula dok keliling bangkai yang dah keras tu. Aku nak buang pun tak sampai hati bila tengok anak kuchen tu...finally aku balut dengan sokkabar dan buang somewhere sebab tak mo ia kembung dan busuk depan rumah. Then bapak dan anak kuchen tu ntah mana ghaib. Nak cakap ngko, bahawasanya haiwan lagi kuat kasih sayangnya...sob!
LW,
anak kuchen nak nyusu... aku faham.
bapak kuchen tu yang jalan keliling tu pun nak numpang nyusu gak kut
Bhahaha....adehhh! Itu ayat naratif ko yg bersifat negatif tu...
Apa2 pun aku siann betul tgk kitten tu..
LW,
ya.. aku pun kesian kat kitten tu...
dan bapaknya juga.. mesti dia org windu-windu....
cite ko kebelakangan ni asyik pasal kucing je...
nampak no manja nye... :D
Linda Ismail
Aku pun rase gitu gak, dia lebih manja dari anak dia kot...bhahahaha larikkkkk!
Linda,
apa kaitan jucing dgn manja ek?
hahaha.....
LW,
mana ko tau ni?
aku anak bongsu, anak aku anak sulung.... yg bongsu lebih manja dari yg sulung.... hahaha
ek elehhh..macam aku tak tahu..haha!
LW,
yag pasti, aku lebih manja daripada Mama... hehehe
Post a Comment