Tuesday, January 25, 2011

Aku bunuh orang dah...

Sementelah ada masa terluang sikit, aku pun godek-godek dan gobek-gobek sikit blog aku sana-sini. Kemudian, aku terpana kerana hampir setiap minggu, entri bertajuk ' Aku Dah Bunuh Orang ' yang berusia ratusan hari dan ribuan jam itu masih diintai orang lagi. Malah, carta entri yang aku tampal kat sebelah kiri itu pun masih diunggulinya.


Aku dah mula takut, risau. Setiap minggu biasanya ada pengunjung yang singgah ke situ, kebanyakkannya dari pakcik Google dengan kata-picing 'tafsir mimpi bunuh' dan ' kena bunuh'. Agak-agaknya, manusia memang suka dengan bunuh membunuh.



Aku ada 'lampu atas kapla'. Apa kata kita buat cerita dari judul-judul entri:


Johan sukar untuk terima kenyataan yang dia terlepas peluang keemasan. Apa silapnya, adakah teknik yang diguna salah? hatinya bertanya. Di rumahnya, Johan mundar-mandir dari bilik air ke bilik air satu lagi, bukan kerana perutnya sakit tetapi kerana kerap membasuh muka yang panas membara. Darah seakan-akan menyirap-nyirap ke ubun-ubun kepala, darah yang membawa sama panas hati dan bisikan syaitan di dalam dadanya. Dalam pada dia jalan-jalan dari bilik air ke bilik air itu, Johan singgah beberapa kali di meja makan. Panas-panas juga, katanya dalam hati. Tapi, ekspresso dan mee segera masih diperlukan untuk kawal laparnya itu. Alunan keroncong dari laparnya itu umpama puisi yang tanpa runut bunyi, tak berlagu di dalam perut.

Johan gelengkan kepalanya, panas tetap panas. Dia tepuk meja dengan agak kuat lalu bangun untuk pergi ke pintu utama. Mama, yang terjaga dek bising tapak kaki Johan, keluar dari bilik dan pergi ke tengah-tengah ruang tamu.

" Apa masalah kamu ni? Orang lain dah lama tidur, bermimpi " Mama bertanya, sambil itu matanya melirik kepada jam dinding yang jarumnya terkangkang menunjukkan angka 11 dan angka 4. Hampir pukul 4 pagi.

" Aku tak sempat nak tembak. Baru aku masukkan peluru, dia dah terbang...hish! " Johan memengkis. Johan masih terbayangkan ayam hutan yang berbulu leret di ladang kelapa sawit tadi....

" Lepas ini, aku nak ajak Leman pergi ke ladang lain lah.... "

Johan pergi semula ke meja dan duduk di kerusi. Dia renung mee segera yang sudah kembang tanpa selera lagi. Dia capai secawan ekspresso lalu dihabiskannya hingga kontang... Mama terkebil-kebil melihat gelagat suaminya itu lalu masuk semula ke bilik tidur.




.

13 comments:

tasekM said...

banyak betul ilham dalam kepala otak ko ni yek...? terkagum aku!


ppstt... ko jgn tak tau. n3 aku yg buat aku tertekan itu hit dia adalah 8000 utk satu bulan ok.

tertekannnnnnnnnn... mmg tertekannnnnnn...




.

tasekM said...

eh. macam salah je ayat aku tu.

kerana n3 tu.
hit bulanan jadi 8000.

baru betul sikit.




grrrrrrrrrrr....


.

Aku said...

TM,

hah... jangan lihat itu sebagai tekanan. Blogger yang bijak akan menukarkan tekanan kepada perolehan. Bayangkan kalau entri tertekan tu boleh hit sampai 8000 sebulan.... pergh! Hahaha

TM,
Takpe TM. Rileks... ko rilek nanti dia yang tertekan. By the way, sape enche tu hah? melayu ke indons?

tasekM said...

ko dah salam faham nih... aku bukan tertekan sbb talipon2 tu... ni kes lain.

kes yg besarrrrrrrrrr punya tertekan!

ha ha.







.

kakpah said...

idea kau banyak. dah ada novel ke belum?

isu bunuh2 ni orang suka nak ambek tau kot..

SeKunTum LaVenDer said...

Org2 zaman skrg ni mmg suka google benda yg ngarut2. Harap2 mereka saja2 jelah nak baca.

Aku said...

TM,
Takpe, fokus kepada kejayaan masa depan...

Kakpah,
Novel nanti pencen baru buat la kot...

Syirah,
Kebanyakkannya google pasal tafir mimpi...

buah kedondong said...

Mak aih... Rajinnya la hai ko dok buat citer dari tajuk2 tu!!!

Tabikkkkkk!!!!

Aku said...

b.kedondong,
Saja suka-suka je...

secangkir madu merah said...

best best best...aku suka..
memang elok plan nak buat novel tuh tapi jgan tunggu lama2...

ayat2 ko memnag kelass..

Aku said...

SMM,
Ala kak...
AKu punye cerpen 'Kompang' di Merung Mahawangsa tu pun entah bila nak siap2nye... dah setahun lebih baru episod 12 je.. hahaha

ashley said...

haahhaha...ni siap buat entry words hit nih...

Aku said...

ashley,
dah takde keje kut ni..hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com