Monday, April 29, 2013

Taman Rimba Alam di Putrajaya yang belum siap... menoreh getah

.

Hari ahad.
Di sana ada beberapa taman tetapi yang biasa aku pergi ialah taman warisan. Pada kali ini, aku jejaki beberapa taman lain. Salah satunya ialah Taman Rimba Alam yang diwartakan masih dalam pembinaan. Tapi, kami terjah sahaja. Kami mendaki dengan kereta (semestinya) sehinggalah sampai ke penghujung... jalan mati.

Namun kami tak mati akal begitu sahaja. Kami letakkan kereta dan kami pergi ke hujung jalan, di tepi tebing. Aku lihat ada banyak pokok getah liar. Terfikir nak berikan sedikit pengalaman menoreh getah kepada Ariff.



Torehan hanya menggunakan pisau lipat. Aku buat torehan 'V' pada kedalaman 0.5cm tetapi tak melukakan teras batang. Torehan itu membentuk longkang dan berpilin menurun pada kecerunan 30 darjah.



Kemudian aku kerat daun getah kering menjadi'pancur' getah supaya getah menitis ke takungan. Daun getah itu aku selitkan pada sedikit torehan mendatar supaya terkepit. Sehelai daun getah muda aku lipat menjadi 'mangkuk' dan aku cucuk dengan ranting.



Kemudian aku sangga 'mangkuk' tadi dengan kayu getah yang bercabang. Mangkuk getah itu diletakkan pada cabang itu supaya tak jatuh.



Dan aku biarkan susu getah itu mengalir dan menitis masuk ke mangkuk... dengan sabar. Aku kena pastikan tiada susu getah yang meleleh keluar dari longkang takukan 'V'.



Inilah hasilnya selepas 10 minit. Pokok getah itu masih muda dan masih dara. Tiada torehan lama pada batangnya. Susu getahnya pula pekat dan bergred tinggi (kurang kandungan air).



Itulah sedikit kreativiti ketika di taman rimba yang belum siap itu. Selepas lebih kurang 20 minit, kami dapat kumpulkan lebih kurang 1/4 tabung uji makmal kimia yang standard. Jadilah..

Esok-esok aku ceritakan apa yang aku buat pada susu getah yang kami kumpulkan itu.




.

18 comments:

Unknown said...

Buat bola?

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
Tak cukup besar sekerap yang aku dapat... nanti2 aku menoreh lagi la...

tasekM said...

ko susu getah pun jadi, kan..?
keh2.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
asalkan ada hasil... keh keh keh

sudipVSsenduk said...

minggu depan datang awal sikit sebelum matahari terbit. Dapat setengah besen, boleh proses jadi kasut sekolah anak berjenama sendiri... jimat

Lat 2 tahun, kau dah boleh bukak kedai dkt London. Amacam?

Nizam.Ariff said...

Sudip,
hmm... idea yang bernas...
tapi aku nak mulakan kutip getah sekerap. Aku pintal sikit2 sampai jadi besor... boleh buat tali bungee jumping kat KLCC tower tu..

sepa said...

20 minit.?! lama tuuuu...

bukan ker lepas menoreh, kena duduk kedai kopi dulu, pastu baru ambik...?!


.
ah ko nih, susu getahpun terliur (bak kata TM)... hahaha


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
kalau kat situ ada kedai kopi, memang aku tunggu kat kedai kopi je macam dulu2 aku buat... lepas 2 jam baru datang balik...

Dr K said...

Teringin aku nak buat eksperimen ni....sebab aku tak pernah toreh pokok getah...toreh orang, aku biasa buat dulu masa kat spital..haha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku dah bagi tau tempatnya yang tersembunyi, aku dah bagi tau cara-caranya... apa lagi, pergilah terjah ke situ...

bezanya toreh getah dengan toreh orang: kalau terlebih toreh, getah tak melawan tapi orang akan saman... hahaha

Kniedaz said...

teringat masa kecik dulu ikut mak menoreh..lepas tu tolong kutip getah sekerap..hehe

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
nostalgia....
bau getah sekerap busuk tapi lama2 jadi sedap....

Dr K said...

kah kah kah..Nizam, kau ketagihan bau getah skrap?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
SHHHHhh.... diam-diam.
Nanti polis dengar, sabit aku hidu gam pulak... hehehe

tapi nak bagi tau, getah sekerap baunya macam smoked turkey, smoked salmon... lemak-lemak busuk gitew....

Su @ Aya said...

ha yer la... baru teringt, saya pernh buat bola dengan getah yg ditarik drpd jalur torehan btg pokok getah... kreatif jugk ek, budk2 zaman dulu.. hehe

Nizam.Ariff said...

Aya Yus,
eh.. kita pun pernah buat... kita buat main softball...

dean said...

npe menoreh dari knn ats ke kiri bawah? kurang la dapat susu dia

Nizam.Ariff said...

Dean,
Alaa... itu pun toreh guna pisau lipat je...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com