Thursday, January 27, 2011

Senyum kambing

Dan.......

Aku ada masa terluang lagi untuk godek-godek Tetuan Iklan pula. Kali ini, aku tengok 'Keywords' yang pengunjung guna semasa 'google'...



Antara yang mencuri pandangan mata kelabu aku ini adalah yang itu tuuu...Aku terfikir juga, sejak bila aku ada tulis benda-benda macam ini? Hish.... agak-agaknyalah, begini kut lebih kurangnya...

Cerita melayu main sama kambing...

Pada satu hari yang panas rembang, Abu pergi ke rumah Ah Kow. Sesampai di rumah Ah Kow, kawannya itu, Abu tak nampak batang hidung dia pun. Puas dicarinya namun tak juga ketemu. Di dapur tiada. Di atas ampaian tiada. Di atas pokok buluh pun tiada. Di bawah kolong juga tiada.

" Ah Kow pergi ke kebun tolong ayahnya..." kata ibu tua separuh umur dari atas loteng.

Abu pun berlari susup-sasap ke kebun ayah Ah Kow. Habis lalang diredahi. Habis parit dilompati. Habis tunggul kayu dilangkahi. Setelah cukup bilangan birat-birat dan comot lumpur pada kaki seluar dan baju-T Abu, sampailah dia.

Abu tersenyum tapi dia bukan senyum pada Ah Kow, juga bukan pada ayah kawannya itu. Abu lemparkan senyuman manisnya kepada Moy. Moy adalah barang permainannya. Moy adalah kuda-kudaannya. Moy adalah peluk-pelukannya. Betis Moy cantik dan kuat. Walaupun bau badan Moy agak busuk. Setelah puas mengusap-usap belakang Moy, Abu toleh kepada ayah kawannya...

" patutlah bau kawan kamu tu macam kambing..."






Siapa-siapa nak sambung cerita, dipersilakan...


.

5 comments:

kucingorengemok said...

yang kapal alien tu macam sesuai la tiba kat sini

ashley said...

haha..aku rasa student psychology tu yang dok buat pencarian gitu..geng Sigmund Freud!

ashley said...

pssstt..tak sanggup nak menyambung cerita ko tu..kang tubuh badan turut berbau KEKAMBINGAN!

tasekM said...

ah! saja la ko tu...

dalam banyak2 keyword. keyword berunsurkan main2 gak yg ko gigih nak buat n3 kan....?



:p






.

Aku said...

KOG,
ko jangan...kang kena culik aku tak tau...

Ashley,
jangan salah anggap kak.. dia main-main je dgn kambing tu...

Ashley,
alaaaa... sambung la... bukan cerita sebenar pun... hahaha

TM,
kebetulan tak seerti dgn kesengajaan.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com