Thursday, February 24, 2011

Bicara tentang Takdir....

.

Dijerap sedikit dari kitab 'Sirru Asrar' karangan Sayyid Syeikh Abdul Qadir Jalani, tentang qada' dan qadar.


Seperti mana yang saya fahami dalam kitab tersebut, begini [betulkan jika salah]:

1. Tiada yang menafikan bahawa perancangan Allah adalah halus dan tersembunyi. Hanya Dia yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku, sehinggakan 'Maha Mengetahui daun yang mana akan gugur dalam hutan belantara'.

2. Setiap perbuatan adalah hasil dari sifat-sifatNya, dalam diri kita, sama ada rela atau tidak, sedar atau tidak, kita melakukan atas kehendakNya, sehinggakan 'Kamu memikir bahawa kamu yang membunuhnya, sedangkan tidak, malah Akulah yang membunuhnya. Kamu fikir kamu yang melontarkan pasir, sebenarnya Akulah yang melontarnya'.

3. Qada' dan qadar adalah satu rahsia besar daripada al QudratNya. Membicarakan rahsia ini, yang tidak terjangkau oleh kita, hampir boleh menggelincirkan kita. Maka, ditakuti dengan membicarakan hal-hal halus dan rahsia ini kita menjadi golongan ZINDIK.

4. Salah satu kegelinciran ialah berlakunya patah semangat dan meletakkan semua kesalahan kepada penciptaNya, walaupun itulah ketentuanNya, sedangkan itu adalah kesalahan yang besar. Sebagaimana dalam satu riwayat '.. ketika Allah menyuruh Iblis tunduk dan sujud kepada Adam, dia enggan. Apabila ditanyai mengapa? Ia lalu menjawab "Bukankah itu takdirMu juga?" Maka Iblis disingkirkan...'

5. Satu riwayat lain pula, apabila melihat penghulu mereka disingkir, maka menangislah para malaikat. Apabila ditanyai mengapa, mereka menjawab '...alangkah dahsyatnya permainan/tipu dayaMu sehinggakan kami amat takut dan merasa tidak selamat'. Maka jawabNya ' Memang. Maka jadilah kamu semua tidak pernah selamat dari permainan/tipu dayaKu'. Dialah Maha Raja yang mampu berbuat apa-apa sahaja kepada kita, baik atau celaka.

6. Oleh kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku, maka haruslah kita berharap yang baik dan berusaha kepada terbaik diantara keduanya. Oleh kerana kita Ahli Sunnah wal Jamaah, dalam satu kitab lain karya Syeikh Abdur Rauf al Fansuri, jikalau kita punyai pilihan, maka WAJIB bagi kita memilih yang terbaik. Soal hasil adalah ketentuanNya.


Maka, qada' dan qadar adalah perkara halus dan adalah satu rahsiaNya. Tak perlulah membicarakannya terlalu mendalam.





.

7 comments:

NM02 said...

saya suka singgah sini sebab setiap n3 semua menyedarkan saya dari lamunan.

terima kasih kerana berkongsi info yang boleh saya jadikan pengajaran, pelajaran dan pemahaman.

aza ni said...

salam zam

ASH said...

kalau fikir ddalam dalam sangat nanti teruih kelam, gitu ke maksudnya?

ASH said...

bak kata TAS, buleh dibawa ke tepi ke tengah...
.
.
.
.
cerita hantu malam Jumaat dia dah pencen dah budak Nizam nih.
.
.
.
.
aku rasa..

secangkir madu merah said...

tazkirah malam jumaat...alhamdulillah

Ismail Fitry said...

entri yang best!

Nizam.Ariff said...

NM02,
Selang seli je... banyak yg merapu meraban sebenarnya.

Azani,
Salam untukmu jua...

Ashley,
..takut terpesong sebab semua tu bende2 ghaib...

Ashley,
Laxatif diri...hahaha. Kalau dah ada hantu nanti, aku ceritakanlah cerita hantu memalam jumahat lak...

ismail fitri,
terima kasih..:)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com