Sunday, February 27, 2011

PRK Merlimau

.

Terhegeh-hegeh Jidin G-Pang tongkatkan motor, tanggalkan selipar. Tok Ketua dah lenguh ketiak melambai-lambai suruh Jidin G-Pang masuk ke dewan cepat-cepat. Dia kena jadi saksi untuk berbincang, kena cukup korum.

Di luar sana, jengkaut dan buldoza kelam-kelibut korek tanah, kambus tanah. Tapi orang kampung suka. Rezeki sepenggal sekali. Cuma kali ni rezeki lebih sikit.


" apa pasal calon-calon ni semua dah pencen-pencen? " pegawai tu tanya.

" sebab....errr...." Tok Ketua terhenti

" ...tak payah tunggu lama-lama nak dapat lampu baru, jalan baru, turap semula, paip air... " sambung Jidin G-Pang.


Bernas juga kepala budak ni, kata Tok Ketua dalam hati.






.

7 comments:

AZANI said...

ha ha ha

dalam tu...
tak sempat sepenggal, undi lagi

aku rasa sebab yang muda muda sibuk bekerja ...tak brerapa minat politik lagi...kalau ada tak seramai mana....50 keatas ramai....
lagipun yang senior dulu.yang muda biar dulu kasi matang dulu...agaknya lah kot.

tasekM said...

jgn yg menang tu calon tua.
tak larat buat kerja.
tapi tak mati2 sudey...


:p




.

Aku said...

Azani,
mungkin juga camtu, yang pencen tu boleh curahkan pengalaman. Tapi, takut yg tua ni tak bleh masuk dgn yang muda...berbalah jadinya nanti...

TM,
Tak boleh buat demonstrasi nak gulingkan ke macam kat Libya? hahaha...

secangkir madu merah said...

calon2 yg bertanding semua tua2 sbb yg muda masih nak enjoy enjoy, lagi pulak bagi chance senior2 yg tanggung beban dan stress, bila dah penat dan byk penyakit dek menanggung stress, mereka pun cepat 'jalan', kendian giliran yg tua sedikit pulak. Ikot hieraki..

org2 muda suka jadi penentang jek..

Aku said...

SMM,
Golongan tua yang bangun kena buat, golongan muda bangun suruh buat... hahaha

ashley said...

TAS punya komen dalam tu...
hahaha..
siapa yang tak mati mati lagi tu?
.
.
.

tak baik tauuuuuuu...

Aku said...

Ashley,
Dia dok sana, dia mesti kenai...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com