Monday, March 21, 2011

Berapa sehat blog kita...?

Kawan (buah_kedondong) kasi aku satu link:


http://maribinablog.blogspot.com/2009/09/timbang-berat-blog.html

Dengan satu soalan, berapa beratkah blog anda?


Aku pun timbang beberapa blog aku (ya, aku punyai beberapa blog terang dan tersembunyi). Hasil timbangan bukan dalam unit kati atau pikul. Unit yang digunakan ialah kilobites.


Result:
www.akuyangakut.blogspot.com : 94.23Kb  (ideal weight <100Kb)



Huh..! aku punya topik entri memang berat2 kut. Dan tuan punya blog pun berat juga agaknya...

Nak suruhh blog aku joging tiap-tiap pagi la. Lepas tu nak suruh blog aku puasa 2 bulan tanpa henti. So, aku nak stop dulu entri baru, kasi dia kurus sikit....


Tuan punya blog?
Dah tak berblog, aku larikan fokus aku kepada movie/tivi






.

20 comments:

NM02 said...

ai pun sama berat... huhuhu....

Aku said...

NM02,
Jom kita joging ... hahaha

AZANI said...

sikit lagi nak 200,,,
salam zam

Aku said...

Azani,
camner ko check tu?
Aku syak ko punya unit lbs kut.. hahaha

tasekM said...

terima kasih le timbangkan aku.... ringan je kan...? bulih berblog dalam 4 tahun lagi.

he he.




.

Aku said...

TM,
Aku pulak dah kena telan pil kolesterol l ekut... kasi ramping.

AZANI said...

ha ha,,,aku taip address dalam kotak, tekan cek..

Aku said...

Azani,
cemana bulih berat sangat tu? gambar tak banyak pun...

ckLah said...

cklah dah berapa hari tak berblog....modem wiFi kena sambar dek petir. Cuaca tak boleh dijangka sekarng. Dunia sedang sakit....


Petang ni Banyak tempat banjir di TI...bukan banjir keling ni, tapi sebab bulan terlalu hampir dengan bumi, katta dema.

rosdiana said...

dia cek skali tak blog tu berat dosa ke berat pahala?
takot la..

Aku said...

Cklah,
Dah lama teluk intan tak tenggelam....rasa-rasanya, teluk intan memang tenggelam perlahan-lahan. Dengan graviti bulan yang begitu, tak hujan pun boleh banjir tu..


Ros,
Aku syak dia bulih scan sekali intipati blog tu... cer cuba buat blog ala-ala nasyid barang seminggu dua, kalau ringan maknanya memang dia betul la tu...

SHIMI said...

salam bro,
nasib baik aku ringan sikit dari ko. Tak yah joging kot, jalan jalan jer

Aku said...

Shimi,
Salam Shimi, ko sekarang kat mana ek? Ko sibuk buat NKRA ke?

Sham said...

salam kenal...

aku punya 100lebih kau...

Aku said...

Sham,
Wow... berat tu... jap aku p tgk blog ko.

Aku said...

Sham,
logik..logik... macam-macam adaaaa....

hairul392 said...

sama berat..

buah kedondong said...

hari tu aku timbang 103kb, ni dah turun 63kb.

dalam web tu ada tips untuk kurangkan berat blog dan punca blog berat.

antara punca blog berat:
1. banyak sangat widget
2. guna template yang banyak image

so, untuk kurangkan berat, kenalah adjust yang di atas tu.

(ini pun lepas aku try and error, kalau tak, aku pun tak berani nak suggest kat ko)

secangkir madu merah said...

berat aku ok kot... tapi nak kena start joging... camana nak bawak blog gi joging? cer citer cer citer..

Aku said...

hairul,
gambar ko tu yang berat...

b.kedondong,
aku punya kira ok. tak yah buat apa-apa kut...

SMM,
akak boleh rujuk kat website tu. dia ada kasi tips sekali...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com