Wednesday, March 2, 2011

Sekali tapi bukan sepintu...

.

Suatu masa dulu, aku ada tulis tentang tandas dan surau di sini. Sebelum itu, rewind sikit cerita.


Petang tadi, aku menghabiskan masa kerja aku di sebuah hotel berbincang dan berbincang dan berbincang. Masuk-masuk sahaja, seorang mat salleh piaw berumur dalam 40-an bagi salam masa aku bersalaman dengan dia. Aku jawab je la, dalam hati aku, mungkin memang dia dah peluk Islam. Tapi, pangkal namanya masih berbunyi sungguh mat salleh... macam jenis gigi manusia yang digunakan untuk mengisar (teka-teki: apa nama mat salleh itu?...)


Agenda seterusnya, bowling dan makan malam bersama-sama 'project team members' yang dah menunggu untuk 'perasmian' bowling, dia orang tak join meeting. " Thanks for inviting me but ..can't join... I got other commitments..." alasan aku yang memang dia orang dah tau itu sekadar alasan....


Sebabnya, jam dah tunjukkan pukul 6:00 pm dan belum ber-Asar lagi. Oleh kerana kalau keluar sekarang pun jalan tengah sesak, aku kata kepada kawan Islam aku, "..kita Asar dulu, tak nak ambil risiko terperangkap...'.

Mulanya, aku ingatkan hotel yang gah berunsur 5 bintang seperti itu, surau mungkin entah di ceruk mana. Itu pun kalau ada surau. Nak tanya pekerja di situ pun serba salah. Tapi, bila aku tanya, dengan mudah dia kata di tingkat bawah. Dan di tingkat itu, aku lihat tanda ini:





Barulah okey... surau di tempat lain, tandas pula lain tempatnya.

Tak adalah seperti sesetengah tempat yang tandas dan surau sama pintu masuknya...





.

14 comments:

AZANI said...

Graham zam




salam zam

Aku said...

Azani,
senang sangat la teka teki aku tu.. ceh...

ckLah said...

Bahasanya pun lain lain...

Surau...bahasa Nizam.
Toilet...bahasa mat saleh tu..

Aku said...

Cklah,
betul gak tu...
agama pun mungkin lain-lain...

secangkir madu merah said...

aku pun teka nama yg sama mcm azani gak...

masa kat surau tu tak jumpa ke dgn si graham tu?

Aku said...

SMM,
Tak pulak...

tasekM said...

aku hangen surau kat myden. surau lelaki dgn pompuan tu dekat sgt. kalau org ramai mmg sampai terlanggar bahu.





.

kakpah said...

setuju!!

kucingorengemok said...

nama beskot... adalah lebih mulia dari budak main bola nama butt tu (kalau aku, dah lama buat petition tukar nama)

Aku said...

TM,
Tu la.. kadang2 ada lak yg amik kesempatan nak tinjau...

Kakpah,
kem.perumahan tak ada buat guidelines untuk tempat ibadat dalam bangunan ke?

KOG,
memang dia ada butt... hahaha

ashley said...

Berkilat kilat kan penanda tu..terbias wajah orang yang menangkap gambar!

Aku said...

Ashley,
nampak ke?
Tak ada kannn.....

hairul392 said...

kadang2 hotel punyer ler besau 5 bintang.. tp surau setakat untuk 3 orang sembayang jer.. sedih.. nampak sangat pengurusan tak ambik berat.(tak semua hotel mcm ni, ada yang baik)

Aku said...

hairul,
yang ni boleh muat 5 meja tenis kat dalamnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com