Tuesday, March 8, 2011

Ini tak ada kena mengena dengan Interlok...

.
Aku tau, membicarakannya adalah sensitif. Malah, jika disebut namanya pun boleh menggeletarrrr mayat di kubur!!! Amat sensitif sehingga aku takut-takut nak zahirkannya di sini.

Ada dua jenis sensitif yang aku maksudkan; satu, kalau dikaitkan dengan peribahasa Melayu Lama dan dua, jika ia berkenaan pengurusan rumahtangga yang dinamik.


Dah beberapa kali aku nak ambil gambar ini tapi asyik tertanguh-tangguh. Minggu lepas, aku kejapkan hati aku dan aku ambil gambar ini, dan aku tampalkannya di sini





Hah! Ini namanya kuali. Tapi, bontot kuali ini tak hitam macam ^&%$&$  *!#$#... walau sekeliling ^&%$&$ itu ada gegelang hitam macam *!#$#...


Percaya atau tidak kuali ini lebih tua daripada Ariff.


Ayuh ibu-ibu, adik-adik dan kakak-kakak semua, kalau sanggup menerima cabaran, jom masing-masing pamerkan dalam blog masing-masing.


Amacam, ada berani?

 -Kakpah, Ashley, Tijah (periuk tekan tak aci, dikira baru), TasekMerah, KOG, CKlah, Secangkir Madu Merah, KakYah, Kak Fadhilah, Insyirah, Azani (pun kira gak), B.Kedondong, Hana, mama-wisyah, NM02, hairul (ko pun kena gak), .... dan semua yg ada kat sini.


Kalau gambar bontot kuali tu sensitif kepada kamu semua untuk dipamerkan, sila mengaku awal-awal kat petak komen akuyangakut. TAPI... kena ceritakan rupa bontot kuali itu dengan gaya yang bersahaja, santai tetapi sungguh ceria. Carut-carut tak boleh.

Silakan...












.

20 comments:

kucingorengemok said...

kah kah kah... geletar lutut i kena cabar gini. malu la weh! :))

sue said...

nak tengok ker?nanti kami amik gambar yer..tungguuuuuuu...

Aku said...

KOG,
ni kira ko dah ngaku ke tak nih? hahaha

sue,
suh dak Ai amik pakai kamera mahal dia tu, kut-kut yang hitam tu nampak putih .. kut-kut la.. hahaha

tasekM said...

aku ni kamera jahanam.
kamera hp pun jahanam.
cemana nk amik gambor nih...?






.

Aku said...

TM,
nak seribu daya.. hehee. Kalau tak, kena ceritakan keadaan kuali tu..

tasekM said...

ko mmg sengaja nk buat aku rasa terhina, kan...? ha ha.




.

ckLah said...

Aisey......
cklah pakai Deep frayer dan induction cooker dan microwave je sekarang..hahaha (sila muntah)

Kuali ckLah yang macam tu, hari tu letak belakang rumah selepas merendang 3 ekor ayam masa raya. Baru nak ambik masuk stor....dah hilang disapu *&@$#%**ling@$#@ belakang rumah tu. Tau dia yang ambik sebab dia pun selalu kelihatan mengambil daun kari, daun pandan dan daun kunyit dari belakang rumah jiran sesuka hati. Bunga Cina putih depan rumah pun dia selalu curi. "Untuk semayang punya ceguooo!" Katanya. Ceh, semayang pun curi...


OOoppps, panjang. Ini kira macam entri "Kalau nak nama anda tersenarai dalam bloglist saya/atau ikut contest saya, anda dikehendaki memaparkan imej di atas dalam blog anda, dan buat entri pasal ini dan link ke blog saya"....tak? Macam yang bloger sekarang selalu buat tu, kan? Hahahaha...

Aku said...

TM,
cabaran adalah cabaran... hahaha

Aku said...

cklah,
Tak.. hahaha. ini bukan contest ke tag ke...hapa ke... ini cuma cabaran saja. lagi pun, tu gambar kuali Emak aku ..HAHAHAHAHAHAA....

ckLah said...

Aku:
Hahahaha...ingat kan adik aku ni pun dah terikut-ikut.


Nantilah, cklah balik ke Manila...ambik gambar bontot kuali /kawah mak kat bangsal kenduri belakang rumah. Aci tak?

Aku said...

cklah,
err... aku yang mulakan, aci juga lah.. janji tak ambik dari google atau dari catalog kedai kuali.. hahaha

ashley said...

Kefahaman aku ialah..empunya kuali itu tersangat sayang menggunakannya..
ASIK makan luor je..
.
.
.
sekian..harap maklum!

ashley said...

Ai tak malu nak mengaku bontot kuali aihitam..
Apa SALAHNYA HITAM?
.
.
Ai suka!!

Aku said...

Ashley,
Tekaan tu salah...hahahaa.
Itu kuali Emak. Hari-hari dia guna dan hari-hari dia basuh. Minyak taruh dalam bekas lain, bukan macam kebanyakkan kita yang biarkan minyak goreng dalam kuali sebab ' petang karang nak guna lagi..'

Ashley,
Ya, setuju. Hitam itu menawan... hahaha

buah kedondong said...

Eewwww... Tercabarnya! Sok aku siap amik gambo ngan entri sekalik. Sebab time ni kuali tu tgh ada isi!

Aku said...

b.kedondong,
eleh.. ko nak sental siap-siap malam ni kan? aku tau tu....

AZANI said...

aku beli dah memang hitam bontotnya...

Aku said...

azani,
itu cat hitam... ni nak tengok berapa tebal keraknya... hahaa

secangkir madu merah said...

aku pun beli kuali yang memang dah hitam legam warnanya, camana?

Aku said...

SMM,
close up mesti nampak keraknye gak.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com