Thursday, March 31, 2011

Jangan terlalu taksub.... tak baik

.

Petang tadi, di klinik gigi, aku terbaca satu majalah. Ada satu artikel pasal sains islam. Dia kata, masyarakat sekarang cuba meng'islam'kan sains. Ini berlaku apabila lebih banyak kejadian-kejadian yang diceritakan di dalam Al-Quran dapat diungkapkan dengan ilmu sains. Kerana ilmu sains dan perkakasannya (tools) terlah berkembang menyebabkan ramai orang lebih memahami kejadian-kejadian yang dulunya tak dapat dibayangkan.


Dia juga mengunjurkan pada tahun 2030 nanti akan ada 8 billion umat islam. Yang peliknya, pada tahun itu juga diunjurkan penduduk dunia sekitar 8 billion orang. Lebih pelik bila dia tulis peratusan umat islam ketika itu sekitar 23%. Aku rasa dia silap tulis, atau mungkin propaganda murahan yang bodoh. Lantaklah.


Lama dulu aku pernah berdiskusi di meja kopi dengan kawan-kawan sekuliah tentang sains dan islam. Pada ketika itu (sekitar 1990an) sains dan islam hangat diperdebatkan. Kalaulah tahun-tahun 80an dikatakan peningkatan nilai-nilai islam di Malaysia, tahun-tahun 90an pula adalah peningkatan sains dan islam.


Dalam diskusi itu, aku berlagak sebagai 'devil advocate'. Apa-apa yang dikata aku sanggah...hahaha.

Bukannya apa, aku takut mereka-mereka ini terlalu taksub menjustifikasikan ayat-ayat suci itu dengan bukti-bukti saintifik. Sedangkan ilmu sains bukanlah ilmu yang mutlak. Tak salah jika sains dan teknologi terhasil dari kiasan-kiasan ayat suci itu. Tapi agak keterlaluan jika pandangan dan teori sains digunakan sebaliknya - sebagai justifikasi terhadap ayat-ayat suci itu. Al-Quran tak perlu justifikasi dari teori-teori sains yang tak mutlak itu.


Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan hendak diduga. Boleh memberi maksud - ilmu yang dangkal tak akan dapat menjelaskan ilmu yang dalam.


Siapa kata ilmu sains adalah mutlak?

Banyak teori-teori sains yang dulunya dianggap benar sekarang ni wujud teori-teori yang menyanggahnya. Banyak teori sains yang dianggap holistik tetapi kini tidak dianggap menyeluruh dan kini terbatas untuk keadaan tertentu.

Yang biasa-biasa telah banyak kita baca. Aku nak bagi contoh lain pula.

Hukum graviti Newton dulu dianggap benar dan sentiasa benar untuk semua keadaan. Bila manusia dah keluar dari bumi, wujud hukum Kepler. Kat luar sana, Newtonian tak memain peranan. Malah, kalau kita masuk ke dunia mistik atom, kuantum fizik memain peranan. Newtonian tak boleh pakai. Kini, Newtonian hanya untuk jasad besar.


Struktur atom yang dibina Bohr dianggap hebat awal kurun 20. Ia dapat menyatakan beberapa pemerhatian tentang kelakuan kimia bahan. Maka kita pun mengislamkannya dengan merujukkan ia kepada perkataan 'zarah' seperti yang ditafsirkan, sebagai benda terkecil. Bila sains berkembang, didapati lebih banyak partikel sub-atomik ditemui dengan perkembangan sains. Meson, gluon, muon... lebih kecil dari atom yang digambarkan oleh Bohr. Malah, saintis sekarang mendapati satu atom itu umpama semangkuk sup yang di dalamnya ada pelbagai partikel sub-atomik yang diketahui atau yang masih dikaji. Sekarang, bagaimana dengan tafsir 'zarah' itu sebagai atom? Sains yang salah atau tafsiran ayat-ayat suci itu yang salah? terperangkap?


Eisntein terkenal dengan teori relativitinya sekitar awal abad 20. Katanya, masa adalah relatif. Yang obsolut adalah kelajuan cahaya. Maka, sekitar tahun 90an, tersebar pembuktian islamik oleh pengkaji timur tengah, tentang bagaimana kelajuan cahaya di'catat' di dalam Al-Quran, melalui pengiraan peredaran bulan. Dan seperti biasa, ramai orang islam pun meng'islam'kan penemuan ini. Maka ada yang mula cerita malaikat dan buraq terbang dengan kelajuan cahaya sebab cahaya itu mutlak. Kalaulah mereka itu terbang setakat kelajuan cahaya, mereka bukan laju mana sebab kalau mereka terbang ke arah matahari, 8 minit lebih baru sampai. Sedangkan mesej  kepada Tuhan sampai terlalu laju sehingga tak tergambarkan. Terperangkap?


Sekarang ini, saintis mendapati keluasan alam ini tidak sejajar dengan usia alam ini (dengan entah apa cara dia kira). Jika alam mengembang paling laju pun ikut kelajuan cahaya yang dikatakan obsolut, saiz alam ini sepatutnya lebih kecil. Maka wujud teori sains mengatakan pada awal penciptaan, alam 'meletup' pada kadar lebih laju daripada cahaya. Malah, dah berpuluh tahun mereka mencari Neutrino untuk membuktikan ada zarah boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Kalaulah mereka berjaya menjumpainya, dan terbukti laju cahaya bukan mutlak, bagaimana dengan perkiraan si pengkaji timur tengah itu? Terperangkap?


Pada yang taksub kepada sains, terutamanya fizik, mereka berbangga mengatakan fizik adalah ilmu yang boleh menyatakan semua benda yang wujud. Malah, ada percubaan jahat untuk men'cungkil' rahsia / dzat ketuhanan dengan teori-teori fizik. Segala-galanya boleh diungkap dengan formula-formula fizik. Tapi, tahukah mereka hukum fizik musnah di 'lubang hitam' (black hole). Hukum-hukum fizik tidak dapat bertahan (survive) dalam black hole. Sehinggalah ada seseorang yang mampu 'hidup' bersama-sama black hole, hukum di sana tidak akan diketahui. Dan aku takut nanti ada yang kata, black hole adalah pintu ke syurga atau neraka sebab dahsyatnya kelakuan balck hole dan misterinya black hole itu. Memang perangkap maut.


Sekitar 90an dan awal milenia juga, sewaktu internet berubah menjadi 'skynet', keluar berbagai-bagai email tentang penemuan-penemuan ajaib: pokok sujud, dalam daging ada perkataan 'Allah', di telinga lagi, badan ikan ada kalimah tauhid... semuanya bertujuan menunjukkan bukti-bukti kebesaran Tuhan.


Sampaikan ada emel yang jadi berantai pula. Kalau tak edarkan, boleh datang musibah sebab menidakkan kebesaran Tuhan, kononnya. Maka takutlah orang yang membukanya lalu melontarkan emel itu kepada 10 yang lain.


Respon aku kepada emel sebegitu? Cukuplah dengan bukti yang ada untuk yakin. Tak perlulah sesuatu yang 'ajaib' dan 'aneh' untuk terus beriman. Aku lihat dah macam zaman jahiliah dulu-dulu. Zaman dulu bila Nabi berdakwah, asyiklah puak-puak itu minta lihat mukjizat, minta lihat perkara yang pelik-pelik sebelum boleh beriman. Adakah kita di zaman sekarang terlalu jahiliah sehingga nak tengok benda-benda pelik untuk beriman? Sedangkan cerita-cerita seperti itu telah diceritakan dalam Al-Quran sebagai pengajaran dan ancaman.



Bagi aku, terlalu bahaya jika ada orang cuba meng'islam'kan sains kerana sains bukan ilmu yang mutlak. Sains untuk kita guna memahami aturan-aturan yang Tuhan 'pasangkan' di alam dunia untuk kita hidup menggunakannya sebagai khalifah. Ilmu sains bukannya kayu ukur untuk ilmu islam. Itu dah terbalik.


Bak kata pepatah tadi, kail yang sejengkal tak boleh menduga laut yang dalam.... tak boleh. stop.




Contoh lain:

Seorang kawan pernah berkata, Professor matematiknya seorang yang Atheis, tak percaya kewujudan Tuhan. Professor tu cabar pelajar-pelajarnya, kalaulah kewujudan Tuhan itu boleh dibuktikan secara matematik, dia akan percaya.
Seolah-olah ilmu matematiknya cukup sempurna sehingga boleh diguna sebagai kayu ukur untuk mengia atau menidakkan kewujudan Tuhan.




.

17 comments:

kucingorengemok said...

o ada satu pesanan dari sorang ustad, pasal orang suka kata solat sebagai 'riadah'/sujud boleh alirkan darah ke otak etc... dia suruh ingatkan kawan² supaya solat kerana allah, bukan untuk sihatkan badan, sekian

sindiketsulit said...

baru mlm tadi aku dapat sms berantai.
menyampah betul!

Nizam.Ariff said...

KOG,
Antara orang-orang yang taksub la tu kut... atau mungkin mereka nak lebih yakin dan 'feel' kut. Tapi itulah yang bahayanya, takut lari maksud...


Rosdiana,
rantai emas ke rantai kapal?
Kalau rantai emas mesti ko suka kan? kalau rantai kapal pun boleh juga, boleh jual....

tasekM said...

aku suka n3 ni.

ttg email yg nk kena forward tu.
dapat kat aku, aku delete.
bukan buat tambah iman, makin terpesong akidah lagi ada.
baik, buruk yang datang kepada kita adalah dari Dia.
bukan dari yang lain2nya.

terima dan redha.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Kalau semalam pakai tudung, pagi ni ko mesti pakai telekung ek..? hahaha.

tasekM said...

tau tak pe.
duduk jauh2 sikit!

:p





.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pakai serban... aku minggir lebih 2 hasta... hahaha

aza ni said...

salam zam
kau mengupas sesuatu begitu asyik aku membacanuya,ilham laduni, satu anugerah.Teruskan mengupas zam.

aza ni said...

Dan aku mengesot rapat ke mimbar.

Nizam.Ariff said...

Azani,
kupas punya kupas, pisau terhiris jari... takut gak aku nih...


Azani,
esok jumaat. esok ko boleh bagi khutbah lak... hahaha.

ASH said...

'kupas punya kupas, piasu terhiris tangan...' errr..dah macam cerita Zulaikha jer..huahuahuhua..
.
.
.
Aku nak bagi title baru kat ko..
errrr.
.
.
apa ek?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
jangan la payah-payah sangat nak pikir pasal title tu...

dato' seri pun dah ok...aku terima jer..

secangkir madu merah said...

wah aku kagum baca N3 kau yg ini...
bercerita tentang emel berantai tu, pertama kali aku terima mmg gentar jugak, dan aku ikut hantar kpd 10 org rakan lain tapi bila dah terlalu byk mesej yg ala ala gitu diterima aku jadi terfikir, berkuasakah surat berantai itu sehingga boleh menjadikan kita papa dan sebagainya...

ALLAHUAKBAR..

tasekM said...

dato' seri...?

nak kena lempang...?






.

Nizam.Ariff said...

SMM,
Kadang-kadang orang suka ambil kesempatan terhadap ketakutan kita...

Kalau kita hanya takut kepadaNya, tiada sesiapa pun mampu ambil kesempatan lagi daripada kita....


TM,
Lempang..?
Kalau lebam biru pipi aku, aku masuk sotkabar... saman.

ASH said...

pipi biru tak ngaper..
jangan mata biru!
hahaha
.
.
kang ko buat parti baru pulok.

PARTI AKU!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Pipi tu kalau DATUk Seri..

Aku cuma Dato' seri jer...


hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com