.
Langit
Biru ... dan .. kelabu.
Tingginya melepasi awan gemawan. Tapi mana sempadannya? Tak nampak secara mata kasar. Maka, dibuat oranglah sempadan-sempadan imaginasi yang bersepadan dengan ciri-ciri atmosfera di situ.
Tetapi langit Tuhan tak setakat setinggi itu. Sungguh tinggi. Dan yang paling rendah pun setinggi langit dunia. Berapa tinggi langit dunia? Entahlah ... tak ada sempadan yang sepadan dengan garisan fizikal.
Yang boleh aku kata, walau setinggi mana langit itu, ia masih boleh dicapai oleh lidah.
Ya, lidah kita boleh sentuh lelangit dalam mulut.
Bukan lelucon.
Kerana dengan lidah juga kita boleh sentuh langit yang ke-7.
Dan dengan lidah juga kita boleh sentuh dasar Jahannam.
Lidah....
Salam hari Jumaat sahabat-sahabat semua...
Meriahkanlah malam kepada penghulu hari ni...
.
6 comments:
salam zam
lisan,antara anggota yang tujuh
Azani,
Ya.
Salam hari Jumaat, saudaraku...
dah jumaat? bukan kamis ke.
Kakpah,
Hari Jumaat dah masuk jap tadi, lepas azan maghrib... hehehe
tersenyum tersengeh ko pepagi jumaat ni kan...?
.
TM,
Ngeeee heheeeeeeeee........
Post a Comment