Friday, April 29, 2011

Batu jemala patik...

Kali ini tak ada asap dupa melayang-layang. Tak ada bau kemenyan bukit yang mencucuk-cucuk lelangit sinus. Tak ada.



Tapi, kali ini ada banyak gambar wali-wali terpampang. Aku tak kenal muka-muka semua itu, tapi aku yakin itu semua wali-wali 9 orang itu.



Bertih pun ditabur di atas tikar mengkuang. Air putih pun direnjis-renjis pada kuntuman bunga-bunga yang berwarna-warni. Tujuh jenis kesemuanya. Memang itu pintanya sebelum bertandang ke terataknya. Ada bunga cempaka, bunga tanjung, bunga raya... itu yang aku kenal. Yang lainnya aku tak kenal tetapi baunya wangi-wangi belaka.


Lalu dia minta seorang wanita ambil segenggam bunga-bunga yang bercampur baur itu. Wanita itu turutkan suruhannya. Kemudian, lelaki separuh abad itu tunduk. Mulutnya terkumat-kamit. Kurang jelas sebutannya tetapi aku dapat tangkap dia sebut beberapa nama wali mulia yang 9 orang itu. Bukan semua, hanya seorang sahaja.


Kemudian, badannya mula terhoyong-hayang, senget, tegak, condong. Suaranya mula kasar. Mula mendengus. Kemudian, dia bercakap seperti orang jawa purba. Mujur aku boleh faham sikit-sikit. Kemudian, bahasanya menjadi bahasa Indon yang pekat dengan pelat. 'Orang' tua itu mula bertanyakan hajat. Wanita itu berhajat untuk meminta hadiah, kalau-kalau 'orang' tua itu sudi berikan sedikit khazanah ghaibnya.


'Orang' tua itu pun menyuruh wanita itu genggam bunga tadi itu erat-erat. Kemudian, dia tunduk dan hembuskan beberapa kali. Setelah sudah, 'orang' itu pun suruh wanita itu buka genggaman.


Wanita itu buka genggamannya dan meletakkan kelopak-kelopak bunga itu di atas sehelai kain merah dan hitam. Kelihatan seperti tiada apa-apa... sekejap... sekejap. Nanti dulu, jangan buat kesimpulan dulu...


'Orang' tua tu pun suruh wanita itu tengok betul-betul, kais kelopak bunga itu betul-betul...dan.. nah...!


Diantara kelopak bunga itu, terjengul sebutir batu 'cat's eye' berwarna jingga. Cantik. Sebesar kuku jari kelingking budak perempuan 10 tahun.


"Itu rezeki kamu. Simpan. Kalau kamu ada duit lebih, ikatkan batu itu dengan emas. Pastikan bawahnya boleh bersentuh dengan kulit..."


Wow! Magis berlaku di depan mata aku. Kalah David Blain. Kalah 'Mask Magician' yang sembunyi helah dibalik lensa kamera. Percaya? Tidak percaya?



" ... dan kalau ada masa, bawa semula ke sini. Atuk boleh 'isi' batu tu kalau mahu..."



Hah, sampai situ aku tak berapa berkenan. Tak payah nak isi-isi. Batu tu dah padat. dah cantik. Ikatkan dengan emas lepas tu jadikan perhiasan diri sudahlah.






.

12 comments:

tasekM said...

nak tgk batunya..


.

Aku said...

TM,
nanti kalau wanita tu kasi ambik gambar batu tu.... kalau tak boleh, aku tak berani...

AZANI said...

kalau celup dalam air dan minum, jadi apa?

biasa batu pemberian gini bolrh buat penawar...kan...

Aku said...

Azani,
Dia kata untuk buat pendinding... jin mana lah yg dia masukkan untuk jadi dinding antara wanita tu dgn Tuhannya.

Weh, ko komen kul 3.12am? Nafkah dan tanggungjawab dah selesaikan ke...?

kakpah said...

sihir?
seorang sami yang sudah mengucap dua kalimah syahadah penah bercerita dan hasben aku dengar. dia boleh tukar batu jadi kala jengking.

customer aku jugak penah bagitahu semasa dia datang mencari2 tadika aku di kajang. Dia terpusing2 mencari tadika dan berhenti betul2 bawah pokok menghadap ke tadika aku tapi dia tak nampak..

sihir?

wah.. pagi ni aku boleh masuk rumah ekau tak payah guna kunci.

Aku said...

Kakpah,
rumah ni memang bukak ikut opis hour... hahaha...

Time rehat dia tutup.

Sihir la tu kak..

AZANI said...

off

Aku said...

Azani,
Ok... off jap... hahaha

secangkir madu merah said...

batu serai wujud ke?


.

Aku said...

SMM,
ENtah la kak... dulu ada masuk TV3 pasal ni.

Tapi, aku ada simpan satu... dah buat cincin pun. Ada kawan kasi.

ashley said...

Batu??
.
.
.
.
ingat batu, kepala hotak aku tergambar nak melontar!!
.
.
tak sabau...

Aku said...

Ashley,
sabor kak... kalau ada rezeki tak kemana. kesana kan ke atas jemputan... dah dijemput, nanti sampai la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com