Monday, April 11, 2011

Rahim bodoh kerana terlupa, malam keramat itu dilanggarnya...

.

imej: redbubble.com



Musim menuai memang musim yang meriah, siang-malam sibuk dengan mesin-mesin padi yang tak henti-henti menggerit batang-batang padi, memamahnya, lalu memuntahkan jerami dari bontotnya. Manakala padi akan dikumpulkan di dalam tong besar di atasnya. Apabila penuh, padi tadi akan dituangkan ke dalam lori-lori yang menunggu.


Malam itu, giliran lori Rahim pula.

Malam itu, lori 5 tan miliknya sendat dengan padi. Malangnya, kilang padi tidak dibuka malam hari. Tetapi, mesin padi itu perlu muntahkan isi padi itu kerana perlu menjamah sawah lain yang sedang menunggu. Mahu tak mahu, Rahim perlu bermalam di dalam lorinya di tepi jalan yang sunyi itu. Tak boleh ditinggalkan, kalau tak esok pagi lorinya akan berjalan sendiri.


Dan malam itu, lorinya tidak jauh dari rumah Usop, rumah pawang yang dibenci orang kampung tetapi masih diperlukan bila ada orang kampung yang sakit. Saudara mara pawang ini selalu melakukan upacara yang pelik-pelik. Salah satunya, dalam setahun mesti sekali anak-anak dara mereka mandi berkemban di atas kubur datuk mereka.


Malam itu, Rahim baring sendirian di dalam kabin lorinya. Cengkerik berdendang, cahaya bulan samar-samar ditapis awan. Rahim perlu jaga muatan padinya daripada dipunggah orang tetapi matanya tak mampu ditahan lagi bila jam hampir pukul 1 pagi. Rahim rebahkan badannya. Dia tutup tingkap kerana tak sanggup mendengar desingan sayap nyamuk.


Namun sekejap sahaja. Rahim terasa bahang panas. Dia buka semula tingkap cermin lorinya. Dia berbaring menelentang manakala kedua-dua kakinya dilunjurkan keluar tingkap, ditopangkan pada birai cermin.


Ketika itulah, Rahim terdengar seperti keluhan kecil. Nafas yang mendengus payah sambil berjalan mengheret kaki. Bunyi rantai besi melarik kelikir jelas didengarnya. Rahim terlupa sesuatu. Ya, dia terlupa di mana dia berada sekarang. Sekarang, dia sedar tetapi terlewat. Kalaulah dia ingat siang tadi, pasti dia ajak Jefri temankannya. Terlambat.


Bunyi seretan kaki berselang seli dengan bunyi rantai besi yang terseret di atas jalan berbatu kelikir semakin hampir. Rahim diam membatu. Ditarik kakinya masuk ke dalam kabin lori. Rahim tunduk menikus. 'Benda' itu datang dari arah kubur lama dan 'bertandang' ke rumah Usop. Orang kampung sedia maklum perkara itu akan berlaku pada malam-malam tertentu dalam setahun. Dan salah satu malam itu adalah malam ini. Rahim boleh terlupa!


Kini, bunyi seretan kaki dan rantai besi itu betul-betul di sebelah lorinya. Rahim terus berdiam, terus menikus dan berharap 'benda' itu terus melangkah pergi ke rumah Usop.


Tetapi, bunyi seretan kaki dan rantai besi itu terhenti betul-betul di luar kabin lorinya. Rahim merasa amat menyesal kerana terlupa. Kini, dengusan nafas didengarinya dengan jelas dan hampir. Rahim perlu keluar dan lari.



Perlahan-lahan, Rahim buka pintu sebelah satu lagi dan memulakan langkah beribu. Perit tapak kakinya menapak di atas jalan batu kekilir dilupakan. Setelah agak jauh, Rahim toleh ke arah lorinya. Satu lembaga hitam setinggi tiang eletrik berdiri dekat dengan lorinya. Rahim teruskan lariannya menuju ke surau berdekatan.


Lori dan muatan padinya akan selamat, kerana tiada orang yang berani ke situ kerana mereka tahu malam ini adalah malam keramat untuk belaan dan pembelanya. Cuma Rahim yang bodoh, terlupa...






[ seperti diceritakan sendiri oleh 'Rahim' suatu waktu dulu ]



.

18 comments:

buah kedondong said...

Apsal ko suka cite cite seram je nih...kan dah tak bleh nak megholoh dah...

AZANI said...

salam zam
siapa Rahim ni?pemandu lori....oooo
siapa yang narik rantai besi?lembaga...oooo.
rumah Usup tu dekat mana?kubur lama.....mungkin.

AZANI said...

bkd,
salam, tak tidorlagi?
itu dia sehat le tu...

tasekM said...

cenderong balei mmg banyak hantu yek...?



.

kucingorengemok said...

ah, rasa sejuk lah aircond kat ofis ni...!

Aku said...

BKK,
Dah kepala teringatkan cerita2 seram... nak buat camner.. dah musimnya.


Azani,
Ko buat sinopsis ke..? hahaha


Azani,
Dia baru habis lipat baju tu...


TM,
Wuiihh.... memang banyak. Nak aku ceita kan semua ke?



KOG,
tak elok sejuk-sejuk dalam aircond, nanti kerap kencing... hahaha

AZANI said...

lipat baju ke lipat badan?yoga...

tasekM said...

lipat badan...? hahaha...
ko bab2 melipat pandai, kan bang...?




.

Aku said...

Azani,
kena tanya empunya diri... tak sihat dengar kata...

Aku said...

TM,
Azani tgh pms tu...

AZANI said...

tas,
badan kita semua kan fleksibel

Aku said...

Azani,
aku cuba fleksi.. kat tangan.. soley..soley.....

AZANI said...

jangkit dari opis kot?
cer badi oren vodoh sebotol dua....

AZANI said...

ha ah,
puas makn sedap=pms
ha ha

AZANI said...

siapa setuju kita bakor cer angkat cam saya...

Aku said...

Azani,
Akukh yg bawa segala virus ???

Ok la kalau gitu.. aku nak rehat kat spital.

Bye semua.
Jumpa lagi diruang lain.

Soley...soley...soley...

AZANI said...

dah sihatkan?ker masih dedar lagi?

Aku said...

Azani,
tak mao cakap... nanti donia tao...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com