Sunday, July 3, 2011

Ayu Jannah mula bergentayangan di rumah aku..?!!! Seram pun meniti puncak..

.


gambar sekadar hiasan



Pagi tadi, sekejap tadi, aku pulang dari kedai sambil menjinjing seberkas makanan berupa nasi ulaman bertelur masin sebelah dan nasi dagang. Entah kenapa aku teringin sangat nak pekena nasi-nasi tu. Tapi aku bukan mengidam, aku bukan gay.



Di pintu lif, aku disapa oleh jiran aku yang selang 2 buah rumah berketurunan India yang aku anggap alim dalam hal-hal kepercayaannya. Manakan tidak, setiap petang aku akan terdengar locengnya berbunyi dan bau-bau setanggi dan bunga melur semerbak.


" you tau tak tempat kita ada gangguan..?" tanya dia.

" gangguan macam mana?... " tanya aku.

" makhluk halus... orang semua kecoh sejak seminggu dua ni..." jawabnya.


Dalam hati aku, dialah yang 'menyajikan' makanan makhluk-makhluk dengan bau setanggi dan bunga melur, tak hairanlah makhluk tu datang.


" ... eh, I tak tau pun. Tak ada orang cakap pun. Macam mana bentuknya? "
(atau sebenarnya aku yang anti-sosial, hahaha)


Perempuan berambut panjang...benda tu selalu lalu di koridor tingkat kita dan bawah. Selalunya tengah malam. Rumah I pun dan 2-3 kali dia masuk, usik itu ini. Dia flush tandas, dia buka TV, geram betul... " ceritanya.


" dua malam lepas, dia masuk lagi rumah I dalam pukul 3 pagi. I sempat rakam..." tambahnya.


Lalu dia tunjukkan foto dalam handphonenya. Aku lihat dalam gambar tu ada 'sesuatu' seperti kapas nipis atau asap setinggi manusia normal di ruang tamunya. Oleh kerana dia lelaki India yang pencen dan alim dalam hal kepercayaannya, aku anggap foto itu tulen.



".. eh, betul. I tak tau pun pasal ni. Ada lagi ke atau dah hilang...?" tanya aku lagi.


".. ada lagi. Dia orang tengah cari bomoh nak halau..." jawabnya ikhlas.



Aku angguk-anggukkan kepala tanda faham. Aku selalu tidur lewat malam. Kadang-kadang apabila panas, aku buka pintu supaya angin masuk di tengah-tengah malam. Setakat ini aku tak pernah pula 'diusik'.




Mungkinkah itu Ayu Jannah yang cuba menebus kesalahan dirinya?

Atau mungkin itu Juliet yang hadir dan hilang dalam bentuk kabus nipis, macam selalu-selalunya?


Apa pun 'dia' itu, 'dia' telah berani menonjolkan dirinya dalam dunia fizikal...


Hmmm.... aku teringat kisah 'Sumbi Emas... seram dihujung daun'.









.

12 comments:

addyaholix said...

"Dalam hati aku, dialah yang 'menyajikan' makanan makhluk-makhluk dengan bau setanggi dan bunga melur, tak hairanlah makhluk tu datang."

ini macam sedikit sensitif bang.

Aku said...

Addy,
memang sensitif pun, sesensitif kudup-kudup sensor hidung aku yang saban petang dihidangkan dengannya... hahaha

AZANI said...

kalau ayu raudhah datang aku telepon tv 3....

hi hi...
julietchun yang datang aku masukkan dalam bkog...tapiyg sekaum dengan jin ...aku ingat aku pengsan kot....

tasekM said...

kat rumah aku ni pun kdg2 dia dtg.
aku rasa.
laki aku rasa.
dan ank aku pun rasa.

pernah dulu.
asal aku nk lelap mata.
aku akan rasa ada org buka pintu bilik.
lepas tu aku akan rasa mcm ada benda nk tindih.
aku akan gagahkn diri utk bangun.
kalau tak.
org kata mmg la ko kena tindih.
nak bangun tu punya la seksa tak tau la aku nk cerita.
bila dapat bangun.
selalunya aku termengah2.
dan.
bila aku tgk pintu bilik.
tertutup.

satu masalah dgn ank aku.
aku tak kenalkan dia dgn hantu.
tak bg tgk cerita hantu segala utk elakkan dia takut tidur sorg.
dan menyempit nk tidor dgn aku.
penyudahnya.
dia buat kawan plak dgn benda2 tu.

satu hari.
pd hr2 yg aku terasa 'dia' ada.
MC kabor.
bu.. ada hantu kat tepi peti ais.
rileks je dia ngabornya.
heh.




.

Aku said...

Azani,
kalau ko pengsan habis la dia sedut ko.... hahaha


TM,
dia cakap betul2 ke lawak2 je tuh?

bagi dia hantu tu macam kucing je kut... hahaha

tasekM said...

betul2.
dh aku xnk dia takut hantu.
dibuatnya tak heran pulak.

heh.



jahat la ko pakcik.
baca n3 ko nih..
aku plak jadi takut.
dah la sorg membakar bahulu nih.
yg lagi 2 org tu dah leboh.



.

tasekM said...

wey...
buang la gambor tu.
aku x bley tgk aaaaa...
aku takut.




.

Aku said...

TM,
ko takut... aku laaaagi la seram nih...

nak terjun tingkap, jauh ke bawah nun jatuhnya...


ko cakap tadi MC nampak sebelah peti ais ek?

Peti ais tu dekat-dekat oven ko tak?

tasekM said...

ye la...
sebelah oven pun peti ais tu.
tu yg aku takut tu.
nasib baik dh siap dh.
benci la aku...





.

Aku said...

TM,
dah siap??? dia tolong tiupkan api oven sekali ker..? hahaha

jangan pandang belakang!

AZANI said...

mujur alu tak ke kedao kau tas....nanti boboi tanjat...pengsan....manisnya kurma ini....a aaah....semput.....

AZANI said...

apa ke benda...ayu ngacau keyboard aku...aku maksudkan mujur aku tak ke kedai kau,tas nanti boboi tanjat pengsan....manisnya kurma ini,,,,a a a ah...sempuuuut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com