Monday, August 8, 2011

Sambal Tempoyak dengan daun-daunan segar....

.


Orang Melaka sepatutnya tahu sambal tempoyak / gulai tempoyak jenis daun-daunan macam ini:







Aku pernah makan gulai tempoyak tapi yang jenis ada ikan atau ayam. Manakala sambal tempoyak yang biasa aku makan ialah cili padi + tempoyak.


Tapi sambal tempoyak yang ini aku lihat ada:
- 15 helai daun kunyit
- 20 helai pucuk kaduk
- 10 helai daun asam keling
- sebesen kecil pucuk ubi yang telah direbus
- udang laut dibuang kulit
- petai besar
- secawan santan
dan bahan-bahan asas menumis  macam bawang dan cili
dan bahan utama - TEMPOYAK


Ada yang pernah cuba?







.

13 comments:

ckLah said...

Lepas berbuka kena gosok gigi sungguh-sungguh ni. Takut menguap masa terawikh nanti.....satu saf terhirup aromanya.


Selamat berbuka....

ereen said...

perh....
itu pekena dengan nasik panas ngan ikan goreng mmmm...
nalarekek tau !!!!!......
rasanya memang glamer kat melaka masakan nie...


kan.. kan.. kan...


tapi akak TM aku tu dia tau ker makan.. hehehe

Fadhilah Maarif said...

fuh! meleleh air liur menengoknya..nak try la..

Aku said...

cklah,
nak kencing pun kena keluar rumah.. kencing kat pangkal pokok pisang.. hahaha


Ereen,
akak ko tu mana tau makan nasi... asyiklah berdiet...



fadhilahM,
cuba la kak... memang kaw tapi jangan buh santan banyak2, karang muak...

secangkir madu merah said...

nama masakan ini ialah tempoyak daun kayu.. masakan ini memerlukan byk jenis ulam2 baru sedap.. kalau tak caya, tanya ibundo..

Aku said...

SMM,
patutlah macam-macam daun diletakkannya... tapi memang sedap pun....

hani@debumelukut said...

dah berus gigi? kalau belum, gi cepat.

Aku said...

nak kencing kat pokok pisng la... kencing pun bau petai... hahaha

secangkir madu merah said...

mana boleh kencing kat daun pisang.. tak takot ke?

hairul392 said...

baru pekena semalam...

AZANI said...

tempoyak aku minat,tpi kalu adun petai....puh power tu...

tasekM said...

masa bila pulak aku tak makan nasi.
makan la.
sehari 2 sudu.

haha.


.

Aku said...

SMM,
malam-malam pose ni tak ada setan... yg ada setan manusia dan jin jer... takpe.


Dak Ai,
Pesal lama sangat baru makan?


Azani,
petai tu petai pickles... meraung bila makan weh... hahha



TM,
ko mana reti makan nasi... ko makan pizza je. 2 sudu nasi tu kira macam buat gosok gigi ko je tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com