Friday, September 30, 2011

Juliet berlangirkan cinta ....

.


Pagi Jumaat itu, Tuan Sinister melentuk sedu memandang roti yang kosong, air kopi yang kosong, mentega penyumbat jantung yang kosong, jem strawberi pemotong kaki yang manis tetapi masih kosong. Tuan Sinister memandang hiasan bunga ros merah yang kosong, kerusi yang kosong dan lukisan dinding yang kosong.


Pandangan Tuan Sinisterlah yang kosong sebenarnya. Semua pancawarna yang dilihatnya kelihatan kosong. Itu sudah nasib dia pada pagi Jumaat itu.


Di sebuah rumah yang sederhana binaannya, yang biasa-biasa hiasannya, Malim sedang melipat selimut yang remuk. Malim sedang kejangkan kajang tidur yang keromot. Malim sedang susun dua biji bantal kekabu lembab berbau peluh yang satu di atas katil dan satu lagi di atas karpet.


Manakala di bilik air pula, Juliet sedang enak mandi. Juliet sedang mengusap-usap tubuhnya dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki. Juliet sedang meratakan air ke segelap celahan, bonjolan. Pada roma. Pada hati. Pada jantung. Pada kecantikan. Pada kemulusan. Pada keasyikkan.


Seketika kemudian, Juliet melayang keluar dari bilik air dalam bentuk kabus nipis melalui gawang pintu tanpa perlu dibuka. Juliet terawang-awang satu inci dari lantai jubin dan kini Juliet berdiri betul-betul di hadapan Malim yang melopong kerana tidak sangka Juliet bermalam bersama-samanya. Sungguh tak sangka kerana malam tadi sebenarnya Malim keresahan seorang diri di atas katil. Juliet hanya memeluknya dalam mimpi. Juliet hanya hadir dalam mimpi.


Kabus berbentuk Juliet terus melayang ke meja solek lalu mengambil bedak nafsu lalu disapukan keseluruh tubuhnya. Juliet letakkan gincu dan celak. Juliet semburkan haruman narawastu, baunya menusuk hidung Malim yang melihat segala-galanya.


Setelah sudah, Juliet melayang kepada Malim lalu memberikan satu kucupan manis pada dahi Mallim. Seperti biasa, Juliet pun hilang dari pandangan. Kabus tubuhnya menipis dan menipis sehingga hilang, lalu cerah matahari mulai masuk ke bilik Malim.


Segala-galanya indah buat Malim.



Pada ketika itu juga, Tuan Sinister menyapu mentega pekat pada roti lalu diletakkan di dalam piring. Tuan Sinister menuang kopi ke dalam cawan cantik. Tak dimakan. Tak diminum. Tuan Sinister memandang kosong. Tuan Sinister merenung kekosongan yang ada di depannya. Wap panas dari air kopi panas menerawang naik ke siling namun ianya tak sama dengan kabus Juliet.


Segala-galanya kosong buat Tuan Sinister.






.

9 comments:

kucingorengemok said...

aku macam kenal dia orang ni...

ibundo said...

Lepas tu malim pergi semayang jumaat tak..

Aku said...

KOG,
ko kenal???
pelik.. sebab aku pun tak kenal sangat sapa dia org tu... hahaha...


Kakpah,
InsyaAllah, pegi tu... hehehe

tasekM said...

...dan aku membayangkan juliet itu adalah KOG...







hi KOG.
ehem!


.

Aku said...

TM,
wuihh... seksinye KOG..!

hahaha

sepa said...

juliet ada sedara kembar tak...?!

Aku said...

Sepa,
ada.... Ayu Jannah namanya... ahaks!

sepa said...

Ayu Jannah...?! sori beb. dia brutal...
adik kakak ke...?!

Aku said...

Sepa,
adik kakak tapi satu kat alam dunia, satu lagi kat alam bunian...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com