Saturday, October 15, 2011

Aku tak layak untuk masjid itu, aku bukan beruang di zoo....

.


Allahu Akbar.
Bismillah..................

(wuih... cantik lampu yang suluh tiang tu. Warna kuning, jingga...)

Aminnn...
Allahu Akbar.

(karpet tebal, patutlah selesa. Tapi, corak-corak kat karpet tu macam bentuk burung pun ada, bentuk bunga pun ada.. eh, itu bentuk apa pulak?)

SamiAllahu.... 

(Mimbar... kayu mahal tu...)

Allahu Akbar.
>
>
>
>
Assalamu'alaikum warahmatullah...




Asar di Masjid Putrajaya petang tadi...

hmm tak boleh. Aku tak layak untuk berada di masjid yang serba indah begitu. Lebih-lebih lagi apabila dilihat oleh pengunjung-pengunjung asing yang berjubah sewa, aku rasa macam beruang dalam zoo yang sedang berdansa dan dipertontonkan kepada orang ramai.


Aku mungkin hanya cocok untuk surau-surau kecil yang dibangunkan dari kayu papan lapis dan sejadah putih yang kusam.

Aku mungkin sesuai untuk surau-surau lama yang berhabuk, sudah reput dan beranai-anai sana-sini. Aku tak mampu menutup fikiran aku dari terus berkata-kata dan mengata-ngata.

Maafkan aku.





.

7 comments:

Tijah said...

solat kat masjid canggih2 pun problem juga utk mak2 kita yg dah tua dan sakit lutut. bila terkentut kesian jauh nak patah balik ke tempat wudu'.

Aku said...

Tijah,
Betul gak tu... nasib baik aku lelaki, kalau terkentut pun ada kepala paip kat atas tu, yg dia org gunakan untuk jirus pokok bunga...

tasekM said...

kannnn...
tak suka betul bila ada mata2 yg menonton kita tgh solat.
ko rasa mcm beruang eh..?
aku rasa macam tenuk.


.

hani@debumelukut said...

tepat!

Aku said...

TM,
Karang aku kata aku rasa macam merak kayangan kang ko bantah lak....

bior le aku caka[- macam beruang dah le...




Hani,
dia org buat cantik-cantik ni laaagiiii payah nak khusyuk... hish.

kucingorengemok said...

tiru isu orang memang perangai beruang, hahaha... lagi-lagi kalau orang lain tengah berisu, dia buat-buat membela

Aku said...

KOG,
ada bau politik je komen ko nih... PRU13 dah dekat ek? hahahaha....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com