Saturday, October 1, 2011

Wahhh!!!! Dia dah bukak la....!

.

Sejak hari tu lagi aku tunggu ketibaan dia. Ye la, asyik tengok kat blog orang itu makan itu ini. Mana aku larat nak menahan gelora lidah aku yang berendam air liur. Itu belum rasa lagi.... baru dalam imaginasi.






Hah, sekarang dia dah buka pun di Plaza Shah Alam. Dah dekat sebulan pun sebenarnya. Dan tadi, aku luangkan masa menziarahinya.


Aku panggil adik yang berdiri jenis tak tau nak buat apa-apa di situ. Terus dia tanya , " First Time ?"

Aku terus terang, " I tak pernah beli, tak pernah rasa, tak pernah pegang... boleh tolong ajarkan? "
.

Adik tu pun godek itu ini sambil mulutnya terkumat-kamit menerangkan segala, sambil tangannya ligat memiuh batang-batang.

Aku cuma tunjuk-tunjuk je. Lain kali baru aku cuba piuh batang-batang tu.

Sudahnya, dekat-dekat RM20 hengget!

" ditimbang ikut berat..." 

Baru dia cakap...!





.

13 comments:

ckLah said...

...hmmm, tahap ckLah, ais krim Malaysia ajelah. Tak mam pu ni. Luuuuuuwarang loh!

sepa said...

dapat gelas free lagi tuh. mesra alam...!

tasekM said...

tu nasib baik budak tu yg piuh.
kalau ko yg piuh aku syak mau 40 hengget.


.

Aku said...

Cklah,
daripada dikononkan dek orang, baik cuba rasa.. hahaha



Sepa,
mesra alam lah sangat. Kalau dia nak mesra alam, dia bagi bekas kaca yang boleh dibasuh dan digunakan semula...


TM,
betul gak kata-katamu...
nasib baik aku tak piuh., kalau tak, mesti aku siap bergayut macam cimpanzi kat batang pemiuh tu... hahaha

tasekM said...

benda bulat biji2 tu jelly eh...?
tak de ke topping buah2an...?



.

sepa said...

jelly ke tuh. rupe telur katak pun iye jugak...!
yg itam tu cokelat kot. ke kembang semangkuk, eh tak. mgkn selasih. ah! ya selasih...

Aku said...

TM,
macam jelly .. akuingat sagu.. tapi bukan. bila digeget, dia pecah macam belon...
buah ada.. stombeyi.. tapi masssaammm... mesti dia jual tak ikhlas tu....

tasekM said...

aku,
stombeyi mana ada yg manis..
ko punnnnnnn....


.

Aku said...

TM,
ada laa...
abis tu dia org punya iklan tu.. sedaaappp je ...
dia org tipu ek?

Water Lily said...

Adeh! Sedap nampak.

Sib baik tak mengidam. hehe..

Aku said...

KakLily,
alaa... sedap memang sedap tapi tak berbaloi dgn harganua la... mahal sangat.

wos said...

aku lagi kolot.

dah pernah dengar pasal eskrem yogurt mahal nih, tapi tak ada usaha nak membeli.

sedap ke?

Aku said...

Ros,
sedap memang sedap sebab terasa buah-buah tu... dan kurang lemak.
tapiiiii..... harganya la tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com