Kata seorang teman:
" Jika jasad aku fana di dunia ini, carilah aku dalam cahaya yang mutlak "
- Chasiman -
Itu katanya 15~17 tahun lalu. Ketika itu, mungkin sepoi anginnya kering. Mungkin tempias hujannya panas. Mungkin juga Sepa sedang menjerang Teh O untuk kami. Aku kata mungkin kerana aku dah lupa sikit-sikit.
Ini lanjutan daripada komen si Sepa apabila dia merujuk kepada sifat duality cahaya (cahaya bersifat gelombang elektromagnet dan bersifat zarah) yang tertulis pada formula ringkas yang kadang-kadang ada ditulis pada baju - T di pasar-pasar malam - E=MC*C, iaitu Energy = Mass x LightSpeed-square. Jika lebih banyak jisim (M) dilakurkan di dalam termonuklear, lebih banyaklah tenaga (E) yang akan dihasilkan kerana kelajuan cahaya (C) dianggap malar.
Mana kaitan sifat duality cahaya itu? Cuba susun semula formula menjadi begini, E/M = C*C. Jadi, M berkadar songsang dengan kelajuan-cahaya^kuasa-dua.Mass (M) adalah jisim. Jisim adalah jasad.
Jika kesemua tenaga digunakan untuk menghasilkan pecutan sebuah pesawat, jisim pesawat seharusnya menjadi terlalu kecil supaya kelajuan menokok hampir kepada kelajuan cahaya. Namun begitu, jisim itu tidak boleh SIFAR kerana jika jisim sifar, kelajuan boleh menjadi infiniti. Sebab itulah mereka hanya kata 99.99% kelajuan cahaya. Sama seperti sabun basmi kuman... hanya 99.9% kuman dibunuh. Kenapa tak boleh 100% ? Entahlah... hahaha.
Berbalik kepada kata-kata kawan aku di atas itu, jika jasadnya lebur maka carilah dia dalam cahaya yang mutlak.
Itu lebih kepada kata-kata seorang pujangga jiwa. Mungkin maksud dia tidak lebih dari merendahkan diri untuk mendapat cinta dari Tuhan.
Atau mungkin juga kata-kata dari seorang yang mengantuk lalu tidur dan bermimpi yang indah-indah. Entahlah... hahaha.
.
12 comments:
apo bondo?
KOG,
apo bondo eh jang...? kakaka
kata-kata pujangga seorang teman tentang cahaya dan jasad... falsafah.
dino.
sepa.
chasiman.
sama.
semua pujangga jiwa.
.
TM,
ada lagi.... 4-5 orang lagi... semuanya elusif, termasuk dino tu...
aku boleh baca,
fahaman tahap kelajuan kekura
bilalah nak catch up.
chasiman tu kan. kejap2 nak tido. baru bukak cerita dah nak tido. kahkahkah...
kalau ko jumpa dia, boleh tak ko tolong aku goncang2 sikit mamat tuh macam yg aku selalu buat dulu2... hehehe...
'satu lagi, apsal time nak tengok criter x-file, asyik2 gua jeh yg kena book tuk korang seat depan sedangkan bilik korang elok2 sebelah bilik tivi...?, tp gua ok je.' :)
Azani,
baca lama-lama boleh faham nanti tu...
Sepa,
Aku tak berani goncang dia dah sekarang ni. Dia dah pakai celak kat mata... kakaka
pasal TV tu, sebab ko jer yang sampai dulu kita org tak boleh beat kelajuan ko... jadi baik suruh ko book utk kami... if you can beat them, ask them for help.. hahaha
Sepa,
ralat.... can't beat them...
bab awal, ye aku akui... yg last sampai tertido d bilik tivi, sampai habis siaran, champion tetap Lengai...
Sepa,
dah nama pun Lengai... kakaka
entahlah..
tapi yg aku tau
dalam bahasa utara Lengai bermaksud Cuai.
harap maklum.
Ros,
eh.. ko pun boleh tune suara 'entahlah...'? hahaha.. geng!
Lengai tu memang orang utara pun.. orang Kepala Batas kalau tak silap.
Post a Comment