Monday, December 26, 2011

Air terjun selembut sutera... di Sg. Klah Hotspring, Felda Residence.

.

Wujudkah air terjun yang airnya mengalir selembut sutera? Mana ada. Sedangkan batu yang pejal pun boleh dihakis air yang menitik, inikan pula air sebanyak air terjun.







Berlatarbelakangkan gunung-ganang asli dan alam rimba yang bukan fantasi, air terjun bukan asli ini tercongok dicelah-celah belantara yang mengewap air panasnya, mendidih tanahnya. Ini di Felda Sg Klah, Sungkai, tak jauh dari susur keluar Sungkai, ke kiri dalam 500m. Bermula dari situ, sila ikut papan tanda.


Air terjun buatan itu berada di kolam air sejuk atau pun dengan lebih tepatnya, kolam air sungai. Air sungai dibiarkan mengalir ke kolam itu. Sungguh besar dan ianya bermula dari kedalaman 1 inci sehinggalah 5 kaki (di air terjun itu). Walau sedalam mana pun ia, ianya tetap separas dada itik


Ada beberapa tips jika ingin mandi di dalam kolam air sejuk ini:

1. Kalau nak pergi, pergilah pada hari Sabtu pagi-pagi, air itu mungkin lebih bersih kerana hari-hari sebelumnya mungkin tidak ramai pengunjung. Air gunung akan masuk secara terus menerus (kecuali hujan dan airnya kotor) jadi air di dalam kolam itu sentiasa berganti.

2. Kalau nak lepak dalam kolam itu, sila berdiri tidak jauh dari punca air gunung masuk. Airnya lebih 'segar' tanpa kencing manusia dan lebih sejuk. Punca air masuk itu ada di bahagian tengah kolam.



Rebutlah peluang bercuti sebelum anda sibuk memanjang....





.

5 comments:

sepa said...

paras airnya, memang benar separas dada itik.! aku setuju...! :p

yg aku agak tak setuju ialah manusia tak menghargai alam semulajadi. sepatutnya, org2 yg bermandi-manda di tmpt cam tuh, pun mesti dlm keadaan semulajadi... hehehe

Aku said...

Sepa,
Manusia yang semulajadi mungkin ada berbaring dan berpeluk di dalam semak-samun atau di dalam hutan kecil.

kolam tu itu buatan, bukan semulajadi. Jadi, aku tak sanggup nak menjadi manusia semulajadi situ.. keh keh keh

AZANI said...

ron...itu kau ....?

alhamdulillah....

Aku said...

Azani,
Mana?
Dah tentulah aku yang ambik gambor... mana ada kat situ... kakaka

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam....

salam kenal...dah add anda sebagai follower.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com