Saturday, December 3, 2011

Eleehhh! Batang pun masih hijau, dah berani nak titiskan air...

.







Aku cuba zoom ke dalam titissan air yang melendut mahu jatuh itu kerana aku dapati di dalamnya ada imej kecil. Kalaulah aku dapat melihatnya, pasti aku akan dapat lihat satu alam lain yang mungkin berikan aku satu harapan yang lain, cerita hidup yang lain, cerita derita yang lain.

Aku tak mampu dan kamera aku juga tak mampu. Fikiran aku tak mampu melihat lebih kecil dan kamera aku pula tak mampu melihat dengan lebih makro. Aspek 2 'F' yang kecundang : fikiran dan fizikal.


Jadi, aku biarkan alam dunia yang kecil itu terus berada dalam titisan air yang melendut dan mahu turun ke bumi nyata. Apabila titisan air itu jatuh ke tanah, alam dunia kecil itu pun kiamat. Hancur dan kembali diserap ke bumi.

Lalu ia kembali ke langit, jatuh semula dan tersangkut pada batang hijau itu... titisan air itu akan memeta satu alam dunia yang baru, yang lain. Kemudian jatuh ke bumi lalu kiamat lagi alam dunia yang baru itu...

Begitulah seterusnya....

Dan aku hanya mampu merakam sejarah alam dunia kecil itu dari lowongan lensa kamera dan fikiran.






.

7 comments:

jeb said...

tajuk lu mmg awesome.hahaha

ibundo said...

adei... takut den kek tajuk ko ni.

Aku said...

Jeb,
hahaha.... aku tak tipu, foto tu betul apa...




Kakpah,
Alaaa... akak fikir jauh sangat tu.. hahaha

sepa said...

ko pun dapat titis air yg melendut / meluyut... hahaha...

Aku said...

Sepa,
aku rasa memang pesen macam tu je la.... hahaha

-wos- said...

tajuk yang mengghairahkan.
cerita yang mendebarkan.
kahkah.

aku nampak "alam lain" tu.. cantik ekh?

Aku said...

Wos,
camner ko bulih nampak lak ni? Aku zoom pun masih kabur lagi.

Ooo.. penglihatan ko 20/20...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com