Wednesday, December 7, 2011

Makan malam 7 kali...

.

Malam tadi aku dijemput menghadirkan perut dan nafsu di dalam perut di jamuan makan yang sesuai untuk nafsu-nafsu yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ya, nafsu juga kena pandai bersabar. Akan aku ceritakan kenapa.

Ke mana rasa dan jiwa aku ketika itu? Tentulah di rumah... tak ikut pun (ehem!).







Nafsu dan perut aku dijamu dengan '7- course meal' dan makan secara begitu memang-memang-memang aku rasa paling menyampah. Kalau nak jamu nafsu dan perut aku makan, letaklah semuanya di atas meja, biar aku ceduk sendiri... berkali-kali.



Minum sampai kenyang-kenyang... hahaha




Ini tak, ada 'bidadari jelmaan dunia' yang tolong cedukkan, hidangkan dan tuangkan. Nasib baik tak tolong suapkan sekali... atau kunyahkan sekali, senang sikit. Aku tinggal telan saja. Macam kakak aku buat masa aku kecil dulu: dia kunyahkan dulu lepas tu luahkan dan suapkan ke mulut aku. Macam mak penguin.


Bayangkanlah, 7- hidangan yang kecil-kecil itu dihidangkan dalam masa 2 jam! Salah satu hidangan itu ialah nasi goreng yang dimasak dalam daun teratai dengan bawang goreng renyah. Mangkuknya kecil sangat. Besar lagi mangkuk basuh tangan! Aku rasa dalam 3 sudu saja!


Bila dia tunjukkan ikan kerapu goreng 4 rasa, aku dah teruja. Tapi bila dia hidangkan depan aku, cuma sebesar 2 jari saja! Aku faham, kalau nak lebih, minta lagi tapi kalau dah duduk kat depan pentas dan di belakang aku ada 1,200 tetamu, takkan nafsu dan perut aku nak buat perangai pulak?



2 ekor jer..?



Habisnya, aku kenyang dengan minum air teh cina. Aku minum, dia tuang balik bagi penuh. Aku minum lagi, dia penuhkan balik... sampai bila nak habis kalau macam tu? Hish...!

Aku syak dia sengaja nak suruh perut aku makan sikit sebab lauk lebih dia orang nak tapaw bawak balik. Aku tahu taktik tu...







.

7 comments:

cheqna said...

hahahaha..
betul kot taktik tu..
hahahaha

sepa said...

brader, gambar no2. nama ko tuh, elok2 jeh ko placing...?! :)

Aku said...

Sepa,
kebetulannnn... kakakaka

kucingorengemok said...

aku pun anti betul orang tak berenti tuang air ni tau... tak tau ke kita ni orang asia, sopan- orang tuang kita minum, orang tuang kita minum, orang tuang kita minum, orang tuang kita minum...

Aku said...

KOG,
... boleh kembung air dibuatya.... hahaha..

tasekM said...

besar 2 jari tu aku syak cucu kerapu tu...



.

Aku said...

TM,
2 kelar jer... kedekut sungguh! hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com