Tuesday, January 3, 2012

...dan 2011 dilepaskan dengan sayu...

.





... dan 2011 pun dibiarkan bebas melayang ke langit senja, setelah aku putuskan tali yang mengikat lelayang itu. Beroleng-oleng ia menari bersama-sama angin senja yang menguliti seluruh tubuhnya, tubuh yang tercoreng dengan pelbagai nota-nota yang aku tulis sepanjang tahun: nota sayu, resah, terpinggir, risau, ketawa, menangis, berjaya dan tewas...


Ia pergi meninggalkan aku yang basah dalam hujan, yang berlilndung dari petir. Aku lihat dia melayang dengan sayu kerana aku tahu aku tak mampu membawanya turun semula ke bumi. Ia pergi kepada para penghuni langit... yang pasti membawanya kepada Tuhan untuk pertimbangan di akhirat nanti.



Perlukah aku hantarkan sebuah layang-layang lagi untuk bawa nota penyesalan...?

Nanti aku hantarkan di malam hari, bila cengkerik bangun menggesel-gesel kakinya, bila pungguk mendongak ke langit, bila titis embun menghiasi dinihari... owh!





Aduhai Ayu Jannah... dimanakah dikau?




.

5 comments:

AZANI said...

ni railing tangga rumah ke pejabat?

aku pun lama tak baca kisah ayu dan man lilau...

Aku said...

Azani,
railing kat putrajaya... rumah aku kalau ada macsm tu punya besau, dah tentu 5 ekar luasnya..hahaha

alien pakai lipstick said...

deep thoughts..kalaulah tali itu dapat diputuskan dengan mudah.anyway aku rasa lebih selesa dgn jalan cerita asal.lebih make sense.

Aku said...

Alien,
kena tunggu Kecubung 2 la kut... hahaha

sepa said...

Kecubung 2, adakah masih orang yg sama dlm zon masa yg sama.?

atau...

Kecubung 2 adalah kisah2 anak2 diorg...

:)

.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com