Wednesday, February 15, 2012

Aku amat-amat takut...

.


imej: gocer-art.deviantart.com

Dalam mencari sakti suci
yang bersembunyi di balik kaca hati
kutabur serapah berharapan rindu
ketika menunggu debar pilu

Sesungguhnya aku takut
kalau-kalau ia telah disembunyi
didakap suci abadi


Nanti, yang kutemui di situ
hanyalah aku
sedang melihat diriku 
dimamah waktu


Aku benar-benar takut.




.

10 comments:

SM said...

kelihatan seperti kau takutkan diri sendiri.

AZANI said...

kadang kadng takut itu perlu, menyedarkan kita

Aku said...

SM,
Aku kurang yakin.... aku takut kalau-kalau aku tak jumpa apa yang aku cari... tak jumpa buat selama-lamanya...



Azani,
ya, betul tu.... hidup dalam ketakutan adalah sesuatu yang paling aku tak suka tapi apa nak buat...

tasekM said...

masih kacaukah jiwa?

cheqna said...

apehal ni??
hembus nafas kuar api lagi ke ni???
=)

Aku said...

TM,
masih...
kalau tak kacau pun, aku cari jalan untuk mendera jiwa...

kadang2 aku dapat kepuasan bila dera jiwa sebab aku dah lama berada dalam kesakitan, bila kesakitan itu hilang, aku seolah-olah tak berteman dan keseorangan... dan aku akan cipta kesakitan itu... hanya untuk berteman.

ko pun tak gitu ke?... hahaha

Aku said...

cheqna,
hahahaa....

badan aku ni sakit lagi la... jiwa pun cedera gak la...

sepa said...

err. ala ala bucuk. nak lolipop.? nak ding dang.? :)

SM said...

ketidakyakinan kau tu pun boleh membunuh!

Aku said...

Sepa,
lolipop??? errr.. aku bukan gay... hahaha




SM,
Ya, benar.... sama ada ia boleh bunuh nafsu aku atau bunuh jiwa aku... owh...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com