Tuesday, February 7, 2012

Harimau mati meninggalkan taring... Updated!

.

Siput Babi mati meninggalkan cengkerang, manusia mati meninggalkan balu yang menangisi nesan...






Aku terfikir apa yang berlaku keatas siput si Babi itu, sejahterakah dia?


Menjadi resmi manusia yang biasa-biasa seperti aku, kalau pun mati tak ramai yang tahu. Nama aku kan tenggelam bersama waktu, hanya ada pada nesan yang berukir. Itu pun jika ada yang masih ingat untuk mengukirnya. Jika tidak, cukuplah dipancangkan dahan kayu dan sekaki payung kertas. Kemudian, cukup 44 hari, kedua-duanya pun mereput dimamah alam.


Cukup 44 tahun, kubur aku akan dikongsikan dengan saudara kubur yang baru. Silakan, aku akan kata...



Siput oh siput. Apalah nasib kamu...



Update!

Telah diberitahu oleh suku sakat siput si Babi itu bahwa selain daripada serbuk sulfur, siput si Babi juga amat benci kepada garam laut.

Masa aku masih kecil dulu, aku pernah bertanya kepada emak kenapa Kechur (Cekur) emak ada banyak siput, emak jawab sebab siput suka makan pucuk muda.

Jadi, aku masuk ke dapur dan keluar dengan segenggam garam pasir. Aku taburkan ke seluruh tanaman kenchur tadi. Keesokkan harinya, kenchur tadi semuanya layu.


Aku tanya emak, kenapa kenchur semuanya layu, tiba-tiba emak berdiri kat pintu dapur sambil cekak pinggang!





.

14 comments:

sepa said...

eh. kejap. kenapa 44.?!

Aku said...

Sepa,
saja-saja jer..

ko suka 66?.. ko ambik 66 hari.. hahaha

Water Lily said...

Elok lah, yang penting kat sanna bukan lagi jasad. Jasad dah jadi makanan cacing.

Kak kadag pelik bila ada waris buat binaan bukan2 atas kubur si mati.

Udah tanah kubur makin kurang.

Aku said...

Kak Lily,
dia org nak kekalkan dalam ingatan kut... supaya senang cari. tapi nanti sesaklah pulak kan..?

cheqna said...

yang pasti setiap yang bernyawa pasti kan merasai mati..

tasekM said...

laki mati. bini kesunyian.
bini mati. laki tak nyempat2 kawen lain.








skreeeeetcchhhhhhhh....
*cakor lantai*


.

ckLah @xiiinam said...

Kat kampung ckLah, tak dibenarkan buat binaan atas kuburan. Cukup dua batu nisan saja. Jadi, semua taraf kubur samaaaaa saja.

Tapi, dekat-dekat taman ni, nampak macam berlumba-lumba. (yang hiduplah yang berlumba tu...:D)



***kuboq yang makan b*** pun semakin besar-besar sekarang..

Aku said...

cheqna,
yang cerdik akan bersiap sedia untuk menghadapinya...




TM,
Mana ko tau?
ada gak yang baru janda seminggu dah mula main SMS dan FB... hah, camner tu?

syreehhhh.... syreeehhhhh! *asah parang*




CKlah,
kalau dekat-dekat rawang~bukit beruntung tu ada satu bukit untuk banglo orang mati...

alien pakai lipstick said...

Satu cakor lantai satu asah parang keh2.menda lain sebenornya aku nak komen tapi biorle

Aku said...

alien pakai lipstick,
dia memang macam tu.. kira nak menang ke dia jee..

tasekM said...

hah!
dah aku pulak yg bersalah...
aku ada buat dosa apa sebenornya nih...?


:p




.

Aku said...

TM,
ko cakor lantai sorang2 tak ajak aku...
aku pun nak gak cakor2 lantai...

sepa said...

ketua menteri aku lepas mem dia meninggal, dia kahwin dgn awek muda...

*part nih, aku sokong tasekM...

hehehe...

Aku said...

sepa,
ye la.. ye la...
org laki memang nakal....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com