.
Petang tadi, ketika aku layangkan angan-angan merdu di tepi rumah, telinga aku dibingitkan dengan ciakkan beberapa ekor Burung Kelicap. Tiba-tiba timbl idea untuk abadikan foto burung itu di Foto Blog Aku.
Maka aku pun terhendap-hendap dengan kamera aku di bawah semak kebun bunga. Aku ingatkan burung-burung itu akan lari jika aku terlalu hampir tetapi telahan aku itu salah. Burung-burung itu semakin galak dan bising. Jarang Burung Kelicap liar menjadi begitu berani dengan manusia. Jadi, aku pun cuba 'tenang' atau melaraskan lensa aku ke setiap dahan yang ada. Tiba-tiba, tidak lebih 6 kaki didepan aku, ada seekor ular daun yang masih berlengkar di dahan.
Burung-burung itu riuh kerana menghalau ular itu.
Aku ambil kesempatan di atas kekalutan itu untuk diabadikan peristiwa itu ke dalam fotoblogaku.
Apa jadi dengan ular itu? Aku halau... mesti burung-burung itu berterima kasih kepada aku.
Well, same-same...
.
4 comments:
Wah....hero kaum burung hari ni!
CKlah,
kalau burung sawah, aku dah tangkap, sembelih... hahaha
burungman!!!
psstt....bilik ko kat tingkat berapa ni?
GB,
peristiwa tu berlaku di kampung, bukan rumah aku. Rumah aku takde nyer segala jenis ular-ular ni le. rumah aku rumah merpati. ko nak hinggap kat bilik aku ek?
Post a Comment