Sunday, February 12, 2012

Kereta PROTON terbaru (kod - P3) bakal di keluarkan tidak lama lagi... Inikah dianya ?

.


Sebuah kereta yang ditempel-tempel dengan perbagai plastik dan pita perekat, dan dengan nombor pendaftaran sementara adalah sesuatu yang boleh mencuri perhatian. Walau pun kereta itu berwarna hitam (dengan harapan ia tidak terlalu menarik tumpuan orang), nombor pendaftaran sementara itu sememangnya terlalu menarik lebih-lebih lagi pemandu seperti aku yang berhenti betul-betul di belakangnya. Ini fotonya yang aku ambil pagi tadi...








Lokasinya tidak jauh dari Kilang PROTON di Shah Alam, jadi tak keterlaluan jika aku syak ianya sebuah kereta terbaru yang sering diwar-warkan oleh media tentang produk terbaru PROTON. Gaya Saga pun ada, tapi semasa ia dibelakang aku, radiator grillnya jenis melintang macam Honda City pun ada. Kalau ditengok dari belakang nampak macam Hyundai pun ada. Tak mungkinlah produk terbaru Perodua kerana kilang Perodua nun di Rawang sana.








Kereta tua aku tak mampu menyaingi pecutannya selepas lampu isyarat bertukar warna dari merah ke hijau. Tak sampai 5 minit, ia dah lenyap di celah-celah kereta yang banyak itu. Dan warna hitamnya sungguh mengabui mata aku di pagi yang cerah. Kereta itu lebar sedikit daripada Persona, ruang kabinnya lebih besar sedikit dari Persona juga.






.

10 comments:

sepa said...

brader, apsal proton tak jual Lotus Elise dlm range camry, accord, teana or sonata.?!

Aku said...

Sepa,
entah... kena tanya DRB-HICOM....

terfikir gak, kenapa ferrari tak jual versi bass dan lori...

sepa said...

ferrari ada versi baju, jaket, kasut... aku dah ada tuh.
yg aku belum ada kereta Ferrari merah...

*model-car Ferrari ada byk la... :)

Aku said...

sepa,
alaa.... ferrari pun bukan boleh pandu laju2...

gadisBunga said...

bukan proton nak keluarkan persona baru ke?

cheqna said...

persona baru kan??

tasekM said...

ko org proton pun main syak2.
aku lagi la nk main syak2nya...




.

Aku said...

GB,
Memanglah nak kuar baru... jadi mungkin itulah dianya...




cheqna,
Nak replace persona? mungkin juga...




TM,
Ada sape-sape kawan dgn org poton tak?

ckLah @xiiinam said...

Eh...Macam kereta ckLah yang hilang tulah...

Aku said...

Cklah,
keh keh keh.. ye la tu..

nak beli kereta baru la tu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com