Monday, March 12, 2012

Doa seorang Nabi...

.


Kata seorang ustaz (yang lain pula), pendapat yang mengatakan 'niat kerja sebagai satu ibadah' adalah tak betul dan telah terpesong.


Sebelum ada yang menyanggah, cepat-cepat ustaz suruh dengar dulu penjelasannya sehingga habis. Jadi, para pendengar pun akur, memberi peluang untuk ustaz menerangkannya.


Kata ustaz, perkara pertama ramai yang telah mengutamakan kerja-kerjanya berbanding dengan solat, bersolat di akhir-akhir waktu terutamanya memberi laluan kepada mesyuarat yang panjang. Sedangkan solat itu ibadah wajib dan sudah tentu lebih utama daripada kerja kalau benar-benar niat kerja sebagai satu ibadah (namun ustaz ada berikan pengecualian jika dalam keadaan memaksa seperti doktor sedang membedah atau askar di medan perang).


Kata ustaz lagi, kalau niat kerja sebagai satu ibadah sudah tentulah keikhlasan diutamakan kerana dalam ibadah, titik tolak terima atau tidak sesuatu amalan itu ialah niat yang penuh dengan keikhlasan melakukannya. Kalau ikhlas, sudah tentu bayaran bukan satu motif yang utama (kemudian ustaz bercerita tentang satu peristiwa yang terjadi di satu masjid yang mana imam dan bilal mogok sebab tak naik elaun).


Ustaz sambung lagi, kalaulah benar kerja itu satu ibadat dan tentulah diniatkan kerana Allah kerana ibadah tak boleh diniatkan kepada makhluk ("... dan tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan beribadah ...{dan seterusnya}...). Kemudian ustaz suruh setiap yang hadir bertanya kepada diri masing-masing, adakah benar kerja yang dilakukan itu hanya kerana Allah? Ataukah kerana mahu membayar ansuran kereta Vios atau Alphard atau Nissan? Atau mahu mengumpul duit untuk membeli rumah yang lebih selesa dan lebih besar?


Berkenaan dengan yang di atas itu, ustaz menambah, kalaulah bekerja kerana Allah, pendapatan sekitar 2 ~ 3 ribu sudah memadai. Manakala kereta pula cukuplah dengan wira atau saga atau van kerana semua itu hanyalah kenderaan untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak perlu tambah 'sport rim' atau 'skirting'.


Kemudian, ustaz bercerita, kalau bab-bab ibadah dan pekerjaan ini, kita perlu mengikut sunnah Nabi. Lalu ustaz bertanya, bagaimanakan cara hidup Nabi sedangkan Nabi juga bekerja? Manakala para sahabat karib Nabi juga ahli korporat yang berjaya dan kaya tetapi bagaimanakah cara hidup mereka? Sedangkan kita ini yang mengaku bahawa 'kerja adalah satu ibadah' ... buta-buta adalah satu penipuan jiwa secara amat jelas!


Kemudian, ustaz bertanya jika  ada sesiapa yang ingin belajar doa Nabi tentang rezeki? Para pendengar ada yang mengangguk-angguk dengan harapan dapat lebih murah cara rezeki itu datang. Ustaz tiba-tiba tersenyum kerana sebenarnya tiada siapa yang sanggup berdoa dengan doa Nabi itu.


Nabi berdoa " Ya Allah, jadikanlah aku ini miskin dan dikalangan orang-orang yang miskin...(aku kurang pasti seterusnya)"


Ustaz bertanya lagi, ada sesiapa nak amalkan doa Nabi itu?

Para pendengar hanya tersenyum..... belum sanggup lagi agaknya.






.

4 comments:

sepa said...

assalamualaikum ustaz.

*saya nak cadangkan agar waktu berkerja bermula 30 minit selepas waktu subuh dan berakhir 30 minit sebelum waktu asar.

apa pandangan ustaz.?

.

Aku said...

sepa,
pandangan aku?

kelabu je.. hahaha

tasekM said...

ko sanggup?

Aku said...

TM,
ko sanggup tak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com