Friday, March 16, 2012

Kenapa anjing mellintas jalan ?

.




Itu seekor anjing yang sudah banyak bulunya luruh gara-gara tompok-tompok kurap yang menggatal pada tubuhnya. Aku maksudkan anjing yang berkaki empat itu, bukan yang berbasikal.


Anjing itu tak bertuan, maksud aku tuan manusia, kerana tiada rantai lesen tergantung di lehernya.


Anjing itu suka mundar-mandir, menyeberangi jalan. Satu soalan bermain-main dalam kotak kepala.... kenapa anjing itu melintas ke seberang sana dan balik ke sebelah sini semula?


Mungkinkah mahu meminta tolong sesiapa untuk garukan belakangnya yang teramat gatal?


Atau mahu tunjukkan aku bahawa satu hari nanti aku juga akan menjadi tua, berkerepot dan akan terbiar tanpa dipeduli oleh penghuni dunia yang mengejar keduniaan? Dan aku yang ketinggalan akan menjadi seperti seekor anjing kurap... tidak berguna/digunakan lagi?







.

3 comments:

ibundo said...

anjing tu melintas jalan sebab dia nak pergi ke seberang jalan. Bila sampai sana dia tak suka keadaan di situ. sebab tu dia melintas balik.

sepa said...

dia sakit perut, nak berak tu... carik2 toilet. maklumla anjing pompuan, pemalu sket... :p

Nizam.Ariff said...

kakpah,
masalahnya, dia lintas berkali-kali... entah apa yang dia cari, tak tau lah. sebab itulah juga kenapa aku ambil foto anjing tu...



sepa,
anjing jantanlah... sebab aku tengok ada janggut.... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com