Thursday, March 1, 2012

Kubur-kubur yang berasap dan berkabus...

.

foto yang sama aku masukkan ke dalam buku Kecubung...


Bayangkan satu masa dahulu di kiri dan kanan jalan itu penuh dengan deretan pokok getah. Ladang getah yang luasnya sejauh mata yang memandangnya. Dan bayangkan pula pokok-pokok getah itu bertaup, memayungi jalan raya itu. Kini bayangkan pula kalau melintasi jalan itu di tengah-tengah malam. Dan sila bayangkan terdapat kubur Cina yang bersebelahan dengan kubur Islam. Di mana kubur itu? Di belakang aku...


Kemudian, terdengar pula cerita tentang bola-bola api yang melompat-lompat di pucuk getah itu. Tak terkecuali pula cerita satu susuk tubuh berpakaian putih yang melayang ke kubur.


Selamat Malam Jumaat...

Jika seram mendengar cerita-cerita setan tersebut, marilah hapuskannya suku-sakatnya (dalam hati kita) sama-sama...




.

9 comments:

tasekM said...

cerita bab bola api ni kan...
aku mmg pernah tgk bola2 api dgn mata kepala aku sendiri.
bola2 api tu naik ke atas dari pangkal pokok hingga ke pucuk.
pokok tu tinggi2 pokok ketapang.

sampai hr ni aku rasa mcm tak percaya je apa yg aku tgk tu...

heh.

Aku said...

TM,
kat mana tu?
Melaka ke Perak?
takuttttt.........

SM said...

kau rasa apa reaksi lembaga tu kalau kita nyanyi lagu `bola-bola api'?

tasekM said...

kat teluk intan.
dekat2 asrama convent tu.
asrama tu belakang klinik kesihatan lak tu..

takut gila aku time tu.
aku tgk ramai.
dgn kawan2.
tgh hujan renyai2.

tapi seriyes bola tu naik ke langit...




.

Water Lily said...

Ah! menyesal aku baca entri ko neh. Jam 1.48 pagi pulak tu
Ceh!

kucingorengemok said...

tolong buat satu entri ilmiah dan saintifik tajuk- kenapa kubur berasap

terima kasih... penulis jemputan dibenarkan, haha (musim)

sepa said...

brader, nak tanya.

ko pernah terserempak ngan hantu, tegur dia, dan jalan2-borak2.???!

:)

Aku said...

SM,
DIa patah balik dan merasuk... kakaka



TM,
Ooo... ni kisah-kisah asrama la ni...



Kak Lily,
Laaaa..... ngape tido lambat ni...


Sepa,
PERNAH..!!!!
Engko...

Kakaaka....

Aku said...

KOG,
Apa kata ko jadi penulis jemputan tu...? hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com