Saturday, April 14, 2012

Drama pembuangan bayi di kaki tangga...

.


Dramatik.

Aku tergamam melihat kalibat bayi yang lengkap berpakaian di tangga.







Gejala pembuangan bayi masih ada meski pun telah banyak usaha-usaha murni dilakukan bagi menangani kerosakan ini. Apa yang rosak? Sosio-masyarakat. Siapa yang rosakkan? Sosio-masyarakat. Punca kerosakan? Sosio-masyarakat yang mementingkan keuntungan dengan menjaja dan menggalakkan pembebasan nafsu. Sesiapa yang mampu menahan nafsu, beritahulah bagaimana ianya dilakukan. Bukan dari buku-buku tetapi dari pengalaman sendiri. Tak guna aku mengaku malaikat kerana aku bukan malaikat.


Punca kerosakkan ini, jika diteliti dengan lebih mendalam, adalah sangat rencam. Sangat kompleks dan kait-mengait. Tapi, aku lebih suka melihat punca ini dari hati. Lebih spesifiknya, satu tempat dalam hati yang dihuni oleh syaitan yang telah disediakan bersama-sama kewujudan manusia itu sendiri, setelah diminta oleh bapa segala syaitan sejurus dibuang ke langit dunia.


Nak marah kepada syaitan pun tak guna sebab amarah adalah juga nafsu syaitan, dia suka. Nak salahkan syaitan juga tak mendatangkan hasil kerana memang itu yang ditugaskan oleh bapak segala syaitan kepada konco-konconya. Berharap kepada benteng untuk menahan asakan pujuk-rayu syaitan sahaja nampak gayanya, dan berdoa kepada Maha Pencipta yang mencipta syaitan .


Kalau nak marah, marahlah kepada manusia-manusia yang menjadi konco-konco syaitan versi dunia, yakni yang menjadi agen-agen kepada syaitan dengan menawarkan dan mengiklankan nafsu demi keuntungan. Bagaimana kalau agen-agen ini bukan Islam? Takkan nak berkhutbah kepada mereka?


Menyediakan benteng dalam diri setiap insan mungkin jalan yang senang dan pasif lagi defensif. Bila agaknya nak ubah strategi kepada aktif dan ofensif?

8 comments:

ckLah @xiiinam said...

kau percaya tak, di sekolah kami terpaksa selalu memeriksa kelas kelas atau bilik kosong yg tk berkunci, di balik rimbunan pokok dan wakaf wakaf di kawasan sekolah yg luas terutama waktu rehat dan petang. Terpaksa buat gitu kerana tanda gejala itu sentiasa ada. Tapi, apabila anak anak remaja ini berada di luar pagar, kami tk ada hak lagi untuk menegur dan melarang. Masyarakat (ibu bapa) marah....sekolah akulah. Baik sikit dari sekolah juvana.

sepa said...

berikan aku masa tuk fikirkan ttg socio-masyarakat neyh...

sementara tuh, ko terima dulu cadangan aku :
hari sabtu dijadikan hari persekolahan.!
bukan maksud aku nak mencuri masa lapang atau
membebankan pelajar2. cuma, itu jeh caranya nak
mendekatkan pelajar2 dgn ilmu...

ok, tak.?!

oya, satu lagi. kurangkan aktiviti ko-kurikulum. gantikan dengan aktiviti membaca buku2...

:)

Aku said...

cklah,
kadang-kadang sekolah dah jadi macam nursery budak-budak besar...




sepa,
ko senang je cadangkan gitu eh... abih tu siapa nak ngajar? cikgu?
dia org pun nak pegi jalan-jalan ke KLCC... makan ikan bakar...

tasekM said...

nnti la aku mintak pandangan mat sa_bu.
agak2 sesuai tak...?

keh keh.




.

SM said...

"WWJ9515, disyaki dimiliki oleh suspek." kata inspektor haliza.

"baik, kami akan bertindak mengikut maklumat!" jerit sarjan misai sekuat hati ketika mereka berjalan-jalan di depan sogo sambil mengunyah cikedis.

Water Lily said...

tas,
apa kaitan ko nak minta komen org tu

Kita minta komen najip rajak la. kan dia pegang potfolio tu sekarang keh..keh..


Betul apa yang kak Lah cakapkan tu. Bila kita menjadi sebahagian warga sekolah,kita tau la macam mana gen Y ni..

Water Lily said...

Akak nak tergelak baca komen SM.

Ha ha..abg ko suka tgk cerita tu. Kdg2 akak naik angin. Kak tutup telinga dengan kapas ha ha..

Aku said...

TM,
apa je yang dia boleh buat... baru bercakap skit dah kena bertubi-tubi?
keh keh keh




SM,
tak bleh nahan weh... cekedis tu kesukaan aku...





Kak Lily,
Betul tu kak.
Pengaruh kak, pengaruh dari luar pagar dibawa ke dalam pagar sekolah. maklumlah, pagar sekolah juga mengumpulkan ayam-ayam denak yang segar2...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com