Wednesday, June 27, 2012

Ada benda sedap bercelapak di tengkuk.... aahh!!!

.

Hujung minggu yang lepas, sedang aku berdiri tercangak-cangak di antara deretan kedai-kedai di kiri dan kanan (maknanya, aku di koridor/siarkaki), tiba-tiba tengkuk aku disambar sesuatu. Mula-mula terasa berat, kemudian panas dan semakin panas. Benda yang bercelapak di tengkuk aku itu pada mulanya amat menjengkelkan hati tetapi beberapa saat selepas itu aku rasa aman, rasa sedap, rasa nikmat dan kelazatan dari nikmat itu mula menjalar turun dari urat tengkuk ke bahagian hati dan jantung dan...

"Sedap bang?"


Aku pun berpaling. Ada seorang manusia bergelar wanita sedang elok memegang benda ini di tengkuk aku:






"Beli bang. 2 untuk RM50 saja..." katanya.


Aku pun tawar menawar dan akhirnya aku beli satu. Kemudian, seseorang beritahu aku yang bantal tungku bercecair gel dengan pemanas elektrik itu sebenarnya berbahaya. Ada 'electrical hazard'. Ada kes bantal seperti itu meletup dan cecairnya telah menyebabkan lecur yang teruk. Apa betul?


Oleh sebab itu, apabila aku cas, aku duduk jauh-jauh. Aku kuis-kuis guna hujung kaki atau jari untuk matikan suis...








.

14 comments:

SM said...

penghilang stress dan melegakan hidung tersumbat.

amn said...

aku pernah guna jenis direct circle....kena ramas, picit, baru dia pijar...



ataupun kita balik ke tradisi, buntil kacang hijau, panaskan atas tudung periuk....

LydSunshine said...

Mak kawan saya meninggal dunia lepas guna benda ni sbb dia ada kencing manis, tapi dia tak perasan yg kaki dia dah melecur. Huhu. Kalo takde kencim manis boleh la kot guna.

Nizam.Ariff said...

SM,
dibuat macam bantal..? Ooooo....




Azani,
semacam je ko punya direct circle tu... ramas-ramas + picit-picit = panas pijar.... hahaha


errr.... cili padi ke?




LydS,
Ooo... kat situ pulak bahayanya...
tapi memang pun, pesakit kencing manis ada masalah dgn urat saraf...
Alhamdulilah, aku tak ada kencing manis...

sepa said...

ahhh ko nih Dino.! dia dah panggil ko abang, patutnya ko beli semua, tak perlu tawar menawar, sebaliknya beli pada harga yg paling mahal dia bulih jual...

:)

tasekM said...

sedap eh?

dia rasa mcm mana eh..?



.

haniaiman said...

eee...menda alah apa tu?nampak sgt aku mmg tak tau..eh

Melati Putih said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

sepa,
mama ada kat sebelah.. hahahaa




TM,
sedaaaapppp.... hangat-hangat gitew.... hahaha

Nizam.Ariff said...

LadyD,
alaaa.. tungku cecair elektrik bentuk bantal....

secangkir madu merah said...

bunyik mcm miang je baca ayat2 yg mula2 tu..

Nizam.Ariff said...

SMM,
sengaja buat lengguk ayat begitu... keh keh keh...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm kakak saya ada gak beli benda ni..

mula2 nampak.. nak ambil laa..buat bantal nk tdo.. boleh buat peta dunia kan..haha

sekali bantal tungku daa... haha..

Nizam.Ariff said...

C.M.A,
eh.... boleh gak dibuat bantal...
betul.. untuk ampu kepala sahaja la... bukan untuk dibuat gomol2... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com